untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

phone casing with flower and leaves


first time buat phone casing jenis yang mcm ni tapi ada bunga ngan daun sekali...dah lama dah idea ada dlm pale, cuma tak berkesempatan nak bermain dengan bebenang je...nak kate bizi, rasanya belum keje yb lagi, tp kompius jugakla kan, asalla ada keje je manjang...

harga : rm10
warna : bergantung pada permintaan
sedia menerima tempahan
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : rindu nak mengait projek baru2

phone straps untuk dijual - restock

picture credit to google

hoyeahhh...tadi baru pas check email dari sorang akak blogger aku, katanya, phone straps dah restock...maka, aku dengan ini membuka semula kedai....

10pcs phone straps dengan harga rm2.00
warna available - hitam sahaja

so, pada sesape yang berminat, as usual, boleh drop comment kat entry ni beserta dengan emailnya sekali ye, senang aku nak contact, atau boleh terus contact aku di  nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

aku ni bukannya nak berniaga sangat pun, tapi sebab utama aku adalah nak tolong rakan2 blogger yang berminat nak dapatkan phone straps dalam kuantiti yang sedikit, buat kraf kecil2lan namanya kan, mcm aku la tuh...so, alang2 aku buat kraf guna phone straps ni, aku tolongla mana2 yang patut....

aku nak ucap time kasih berbanyak pada kak asma empunya blog asma felt box yang tolong aku dapatkan phone straps ni....

notakaki : dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku merasmikan gerai jualan phone straps...apa tunggu lagi, let's crafting!!!

sponsor - baju kurung pahang


baju kurung pahang

tawaran masih lagi terbuka kepada mana-mana blogger yang nak anjur ga ka contest ka, kali ni, aku tunjukkan sekali ngan gambar baju nye...aku ni bukan apa, kawan pada kawan jugak yang mintak tolong ngan aku...aku nak anjur sendiri, aku tak sempat nak hupdate blog memanjang, jadi, aku panjangkan pada kawan2 yang lain kot2 ada yang berminat kan...nampak gaya mcm tak mendapat sambutan jerk...

details tentang baju seperti mana yang diberitahu sama aku
saiz : 40
harga beli : rm190
keadaan baju : masih baru, belum dipakai

aku bajet dapatla sambutan blogger lain sempena nak raya ni kan, kalu menang baju cenggini, kompem bleh buat beraya...lalalala...tapi tgk pada sambutan, raya tahun depan pun belum tentu ada orang dapat baju tu...hukhukhuk...sedihnya aku...

mana2 blogger yang berminat nak jadikan aku penganjur, syaratnya mudah sahaja, mesti wajibkan peserta follow blog penganjur yakni www.jualbelicrocheted-manik.blogspot.com, itu sahaja...

notakaki : cepat2la ada blogger berminat nak anjur ga takpun contest, kesian sama kawan aku...nak jual kat orang, tatau nak jual mcm mana, so...nak ler let go mcm tu je...
Related Posts with Thumbnails