untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam
Showing posts with label topi. Show all posts
Showing posts with label topi. Show all posts

free pattern : topi corak nanas

pattern topi ni aku dapat hasil perkongsian kawan2 crochet dari fb...cantik kan...




kalau perhati betul2 kan, banyak sebenarnya yang boleh kita buat dengan corak nanas nih....dasat jugak nanas nih...hehehe

notakaki : sedap jugak kalau makan pajeri nanas

gurlish style

hanya rm20 sahaja

last topi untuk direveal adalah topi ini...khas untuk perempuan, ada bunga sekuntum, nak pakai bunga kat depan ka, kat tepi ka, kat belakang ka, sume boleh...janji pakai kat kepala..hehehe

gabungan warna sweet coklat dan pink, memang gabungan yang takkan merugikan, sangatlah sweet...

hubungi aku di nurulain[at]email[dot]com untuk sebarang pertanyaan lanjut

notakaki : nak try buat hat jenis yang lain la plak pasni

mooooo itu cow

lebam kena tumbuk

teringat sama anak buah aku masa dia kecik2, tunjuk pada lembu, tanya dia, apa tu...dengan yakin dia jawab G.A.J.A.H. hahaha...bantai gelak guling2 aku nih...bukan salah dia pun...dalam kepala dia, binatang yang punya tanduk dua kiri kanan gitu, ada ekor adalah gajah, macam yang dia pernah tengok kat zoo tu...

sekali tengok topi moo nih, macam pelik pun ada, kesian kat mata kiri dia, cam lebam je...ahaks...lebam2 pun, tetap cute kan...*pengsan

okay, stop merapu...sape yang berminat nak order, emailkan saje pada aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

oh ye...topi moo ini berharga rm20 sahaja

notakaki : moooo itu cow, mbeekkk itu kambing

froggy the frog

serius aku rasa sangat sayang design topi nih, sebab dia sangat cute dan comel...bukan nak angkat bakul akan hasil kaitan sendiri, tapi dah memang sebab karakter katak tu sendiri yang comel...

topi katak ini hanya rm20 sahaja

teringat aku pada roomate aku masa zaman belajar dulu...sangat gilakan katak dan mana2 objek hiasan seperti katak...pernah dia request nak suh aku buatkan sekor katak untuk dia, tapi aku buat2 tak dengar je...adoila...rindu plak kat dia...masa buat topi nih, muka dia la yang aku duk terbayang...

topi katak ni plak, aku rasa bukan kanak2 je yang sesuai, orang tua yang tak kesah nak pakainya pun boleh jugak...janji muat di kepala la...

seperti biasa, berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan insyaallah, akan aku balas email anda dengan penuh kasih sayang kadar yang segera

notakaki : nanti boleh buat untuk keluarga, pakai ramai2...wah...mesti meriah...wakakaka

hello kitty in da house

semalam berangan nak jadik mickey mouse, ari ni meh kita pakat2 berangan jadik hello kitty la plak...ekekeke...

disebabkan warnanya putih pink, maka, topi jenis ni biasanya dikaitkan dengan anak perempuan...tapi kalau dah nak pakaikan dekat anak lelaki, takdak masalah eh, boleh je...comel jugak...wakakaka...haru tol ada mak ayah gini, jangan lelebih sudahla kan...

hello kitty ini cuma rm20 sahaja

pada sape2 yang berminat nak order atau tempah atau nak beli, boleh hubungi aku di nurulain[at]yahoo[dot]com dan aku sedia untuk melayani email2 anda...ecewah...bajet mesra dan friendly lah tuh...takdelah...aku gurau2 jer..aku memang friendly pun orangnya...*muntah hijau

notakaki : nak buat topi hello kitty macam ni past pakaikan dekat kucing, agak2 comel tak...hehehe...

topi inspired by mickey mouse

berbalik kepada entry utama pasal topi cute nih, ari ni nak cerita lebih lanjut pasal topi ala2 mickey mouse nih...

sape sini suka mickey mouse? hehehe...dengan tanpa segan silunya aku yang angkat tangan di sini...apa taknya...mickey mouse nih, memang kecik2 dulu, tak pernah miss tengok cerita kartun mickey mouse kat tv...paling melayan cite mickey mouse yang versi dulu2 punya, versi itam putih, yang tak ada suara...owh...sukenya lah hai time tu....

sebab tu lah terhasilnya topi ala2 mickey mouse nih...yang aku buat ni saiz dia besar sket, untuk kanak2 umur 4,5 tahun...tapi kalau anda berminat nak tempah untuk anak, dan nak request mengikut ukur lilit kepala anak, tidak menjadi masalah....

topi ala2 mickey mouse ini hanya berharga rm20 sahaja

boleh hubungi aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com untuk sebarang pertanyaan lanjut...

notakaki : jam tangan pertama yang aku dapat ada mickey mouse dalam jam tuh, terima kasih pada ayah sebab hadiahkan pada aku

koleksi topi cute untuk baby

ada 5 jenis topi berlainan design dan corak

hokey...mengaku la, ini adalah gambar hasil kait aku yang terbaru lama diperam, aku panggil ini koleksi topi cute, perasan tak...sume empat2 topi ni ada telinga...kecuali yang tengah2 tuh, corak gugurl sket...

actually, nak buat sesuatu untuk anak buah, tapi, ntah nape...rasa cam nak kelainan plak, tu yang pi bantai buat topi jenis yang bertelinga macam ni...mula2 tu jugak, rancang nak buat sepasang dengan booties, tapi sebab apa tah...malas la kot, sebab apa lagi yang paling cliche ngan aku =p

okay, aku buka tawaran pada sape yang berminat nak beli topi macam ni, aku nak jual dengan harga rm20/pc sahaja, harga murah gile babeng dah ni...cepat2...nak kasik cepat2 habis...

boleh hubungi aku di nurulain_rahimin{at]yahoo[dot]com untuk sebarang pertanyaa lanjut...

nanti aku story pasal setiap satu topi ni, hehehe...tunggu je lah next entry...

notakaki : taktau lagi baby aku ni boy ke girl, jadik...taktau nak buat topi apa untuk dia...

hat

picture taken from crochet-mania

pepagi lagi aku duk mengusha crocheted hat, tak pernah buat, teringin nak buat, mcm mana la ropanya...kopiah penah lah aku buat, aku agak lebih kurang je kot caranya kan...

pastu tadi, ternampak pattern crocheted hat mcm gambar kat atas tu kat sini, video pun ada gak, korang klik je link kat tu, nnti ada link video dia kat laman tuh...kalu sebut crochet-mania, siapa lagi kalu bukan theresa gak, aku suka dia nye stail sebab satu, senang, mudah nak ikut, pastu english dia pun best...suke dengar suara dia...hakhakhak

aku belum try lagi pattern ni, bila ek nak curik masa kejap nak buat nih...

notakaki : benang pun tak banyak, nak buat projek pun rasa tak best...
Related Posts with Thumbnails