untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

Greennnpanda Craft's 1st Giveaway

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku memulakan entry kali ini...

GA untuk disertai...hoyeah...

dah lama aku mencari rakan2 blogger khususnya rakan2 kraf yang sedang menganjurkan GA sebab apa, sebab yang memang kukuh lagi kuat, sebab aku nak joinla...hahaha


kali ni, salah seorang rakan fb yang juga rakan kraf aku sedang menganjurkan GA yang bakal tamat pada hari ahad bersamaan 30 september 2012 ini...masih ada masa lagi pada sape2 yang nak join, boleh klik sini...

ada beberapa je syarat yang perlu dipatuhi yakni
1. follow blogshopnya
2. like fb nya
3. buat entry bertajuk 'Greennnpanda Craft's 1st Giveaway', jangan lupa sertakan banner GA seperti yang kat atas tu
4. tinggalkan entry anda di entry asal penganjur
5. dah habis dah syaratnya

pemenang akan dipilih secara undian...

notakaki : semoga rezeki aku ada di sini, insyaallah....

projek amal 'ku sarungkan kasih untukmu'


first time aku dengar projek amal nih, tu pun sebab ada rakan2 kraf bercerita...terpanggil untuk menyertainya, ingatkan nak kait sesuatu untuk mereka, tapi dah dinyatakan dengan jelas, 

Projek amal bertujuan menghadiahkan sarung bantal dan chemocap berwarna-warni bagi menceriakan pesakit kanak-kanak di wad.

ater...maknanya, nak yang dijahit dan berasaskan kain cotton, untuk keselesaan pesakit yang terdiri daripada kanak2...projek amal ini sebenarnya anjuran GMJC yang aku sendiri pun tak bape pasti apa maksudnya, tapi ahli2nya terdiri daripada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang jahitan dan kraf...sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia yang bakal berlangsung tak lama lagi, dorang sekarang ni tengah mengumpul sumbangan daripada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang...

apa sumbangan yang diperlukan?
macam2 sebenarnya, tapi fokus utama mereka adalah sarung bantal dan chemocap daripada kain cotton tu...kalau nak bagi sumbangan lain pun amat-amatlah dialukan...sumbangan yang dikumpul ini kemudiannya akan diagihkan kepada pesakit kanak-kanak di HKL....nak tahu lebih lanjut, boleh layari FB mereka di sini...kat sini ada dinyatakan bermacam2 info yang berkaitan...sangat menarik dan tak rugi untuk diterjah...

antara hasil yang telah pun mereka kumpul sehingga ke hari ini

sarung bantal

sarung bantal lagi

pun sarung bantal jugak

chemo pouch

lagi chemo pouch

chemo cap

knitted chemo cap pun ada

lagi knitted chemo cap

okay...itu adalah antara hasil yang telah pun dihantar oleh mereka yang bermurah hati...supposed to be, akhir bulan nih dah tamat projek amalnya, tapi telah dilanjutkan sehingga 15 oktober 2012 ini untuk membolehkan lebih banyak sumbangan diterima...

pada mereka yang berminat untuk menyertai, anda boleh menjahit sarung bantal dan chemo pouch mengikut ukuran ini
sarung bantal : 29" x 19"
chemo pouch : 3" x 5" dan stringnya sepanjang 24"

sumbangan anda boleh dihantarkan ke alamat
GMJ Club,
No. 12A, Jalan Labu 28/23,
Seksyen 28, 40400 Shah Alam,
Selangor. 

selewat-lewatnya atau pada 15 oktober 2012

notakaki : ngah selongkar stok kain cotton yang ada

lagi lagi GA di FB

hush...satu lagi GA yang dianjurkan oleh rakan2 kraf di fb...


GA kali ni ada 3 step je, tapi sebelum tu, kena friend dengan dia dulu...oppss lupa...GA kali ni dianjurkan oleh sis KS craft...3 step yang aku maksudkan itu adalah
1. LIKE fb penganjur
2. LIKE dan share picture yang kat atas tuh
3. komen dekat bawah gambar tuh

ha kan...dah setel...3 langkah mudah...actually, aku pernah sekali berurusan dengan sis yang anjur GA nih dan buat masa sekarang ni, masih mencari2 peluang untuk berurusan untuk kali kedua dan seterusnya, cuma masih belum berkesempatan sepenuhnya...

alang2 dah dia anjur GA, terpanggil jugaklah diri ini ke depan dalam 2 inci setengah untuk menyokong GA tersebut dengan cara menyertainya....yaaaa...baca ayat ni dengan penuh semangat dan perasaan sket...ekekekeke....

notakaki : sape lagi yang buat GA, tag la aku...aku ngah buhsang tahap gaban nih, sementara aku free dan tenet ada....hehehehe

keluarkan kreativiti anda

entry kali ni, tak dak hasil kait aku sendiri yang aku nak kongsikan bersama rakan2 blogger sekalian, tapi tadi bukak fb, aku tertarik sangat dengan gambar yang dikongsi oleh one of rakan fb aku...

klik untuk tumbesaran yang lebih jaya

kagum aku dengan kreativiti pemilik idea asal ini...bermula dengan selipar jepun yang memang biasa2 je kan, buat pakai masuk toilet je...tapi bermula dengan yang biasa2 tu lah hasilnya nanti memang luar biasa...tak terfikir dek akalku....memang aku ngaku la, memang takkan pernah terlintas pun dalam pale otak aku nih, pas tgk gambar nih, aku senyum2 sendiri...

betapa hebatnya akal pemikiran yang allah kurniakan kepada kita ni sehingga kita boleh menghasilkan sesuatu yang pelbagai...dari kecik lagi dah diajar, beza manusia dengan haiwan dan makhluk2 yang lain adalah A.K.A.L. sebab tu lah kalau kita sebagai manusia tak guna akal dengan sebaiknya, sama tarafla kita dengan binatang2 dan makhluk2 lain itu...

haish....bila renung2 pasal kelebihan akal yang ada, rasa sedih plak ngan sikap pelajar2 aku yang masih tak terbukak2 hijabnya untuk rajin berusaha dan rajin belajar...hmmmm...jangan sampai cikgu bukak kitab kat sini sudahlah yer...hehehe...

bak kata pak pandir yang penyanyi tuh, bukan pak pandir mak andeh tuh....
ada akal pakai ada otak gadai

notakaki : jeles tengok mereka yang diberi kelebihan mempunyai daya kreativiti yang tersangat tak tercapai dek akal ku

~mampu tengok, senyum dan berangan jer aku nih~

GA kat FB

hari ni hari isnin, hari bekerja...memandangkan ari ni aku tak keje sebab masih mc dan tak banyak aktiviti yang boleh aku lakukan selain baring dan beronline...nasib baik la tenet okay, letrik ada kan...

dah terlajak jari jemari duk online nih, terpandang la satu entry dari cik asma felt kita yang tengah menganjurkan GA sempena 1500 orang yang telah like FB asma felt nya...

aku dengan berbesar hatinya nak memanjangkan lagi GA nya di sini...ini bukan iklan berbayar yer...ini free je, atas semangat setia kawan...actually, cik asma ni tak kenal pun aku, tp aku adala beberapa kali berurusniaga dengan dia...dah bape tahun dah aku follow aktiviti dan blog dia...jatuh bangun dia....errr...hiperbola sangatkah ayat aku? ekekeke...tapi serius aku cakap, ada masa cik asma ni kat atas dan ada juga masa2 dia kat bawah...adatlah berbisnes kan...tp harapan aku, moga bisnes dia bertambah2 dan bertambah2 lagi...


well.....pada sesiapa yang berminat nak join, cepat2la join sementara tawaran masih dibuka...ekekeke...

notakaki : sayang tollah takde kategori untuk blogger...hehehe

free flower pattern

perghh...lamanya tak hupdate entry kat sini...hmmm...aktiviti kait mengait masih diteruskan seperti biasa, cuma ntahla...bila ada mood nak hupdate, cik tenet plak sengal2 alam...bila tenet cun, aku plak yang sengal2 manja....apakes...

takpelah...kali nih, aku nak share something yang mungkin sangat2 membantu bagi mereka yang nak mencuba kait pattern bunga yang lain dari lain...aku bagi amaran awal2 yer..bunga nih, saiz nih memang agak besar, sesuai tempek kat apa jua jenis hat...kalu nak tempek kat booties tuh, rasenya kena ubah sketla saiznya time kait tuh...

klik untuk tumbesaran yang lebih mantop

actually, ni bukan gambar aku, one of my crocheter's friend jugak nih yang share kat fb, sangat2 bagus...kepada tuan empunya copy gambar nih, aku minta kebenaran untuk kongsi ye...tatau nak credit kat sape...

pattern bunga nih, kalau pandai main warna, memang sangat2lah cantik hasilnya.....tak caye? huh...cobalah dulu yer...

notakaki : selamat mencuba pattern baru nih
Related Posts with Thumbnails