untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam
Showing posts with label headband. Show all posts
Showing posts with label headband. Show all posts

headband dengan pelbagai jenis gaya

lama sungguh tidak menghupdatekan diri di sini, ditambah2 plak ngan kekangan internet, nak upload gambar pun kureng je...

ari ni, internet ada sket okay, nak le hupdate pasal hasil kait aku yang terbaru dah jadi tak bape nak baru lagi dah sebab duk peram lama sangat yakni headband khas untuk baby dan yang seangkatan dengannya...

apa yang spesel tentang headband ni adalah, lain dari yang biasa aku duk buat before2 nih, dan jenis yang ada button, daannnnn boleh tukar2 hiasan bunganya....

jomlah layan gambar plak...

ini adalah antara headband kosong, tanpa sebarang apa2 hiasan
ada tali di kedua2 hujung, adjustable punya headband

antara bunga 3 layer yang boleh dijadikan hiasan

ini adalah contoh pemakaiannya

versi bunga hijau

versi bunga purple plak

ha...jadik, boleh tukar2 gaya...kalau ari tu pakai baju merah, bolehla letak bunga merah, pastu petangnya pakai baju biru, boleh tukar bunganya ke warna biru...just attach pada button yang ada itu sahaja...

headband ni aku jual dengan harga yang memang murah giler, hinggakan crocheter2 yang lain tengok pun mesti marah dengan harga aku...harga ni aku memang sengaja bagi macam ni sebab niat aku satu je, aku niat nak buat amal...sebab tu aku bagi harga ni...

headband sahaja : rm2/pc
bunga : rm1/pc

berminat? hantarkan email anda kepada aku di
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com
untuk sebarang pertanyaan

notakaki : lega rasanya dapat jugak hupdate entry hasil kaitan kat sini

panduan untuk ukur lilit kepala bayi

ari ni, terasa nak try buat headband jenis yang lain dari yang biasa duk buat, pastu teringin jugak nak buat headband yang jenis sarung je, takde tali2 nak ikat...tapi masalah utamanya adalah, ukuran untuk buat panjang headband itu...susahnya lah hai kalau takde model kan...

kalau ada model sekalipun, macamla setiap ukur lilit kepala baby tu sama antara satu sama lain...tak jadi, plan untuk buat headband jenis yang sarung kensel!!..stick lah kepada headband jenis yang bertali, sebab bila ada tali nih, boleh laras sket, mengikut kesesuaian bayi, dan bagi aku, ini adalah lebih best untuk dipakaikan pada baby...takdelah ketat sangat kan ikat kat pale dia...

kepada korang yang nak buat headband, kat sini ada panduan kasar untuk anda buat headband


terima kasih pada kawan2 kraf di fb yang sudi share pada aku panduan yang sangat2 berguna ini...so, aku share jugaklah untuk kalian semua...semoga dapat membantu serba sedikit...

selamat berkraf!!

notakaki : mood headband mai la plak

hadiah untuk kawan

sejujurnya, agak lama jugaklah jari jemari ku yang mulus ini tidak mengait barangan untuk baby...tetibe, dapat order dari kawan masa u, merangkap jugak coursemate, merangkap juga bape banyak kali merangkap daaa roomate aku yang baru saje dapat baby girl akhir bulan lepas...

pastu dia request suh buatkan satu set booties ngan headband dengan nama untuk baby dia, aisya...lupa nak cakap, kawan aku ni sangat gilekan warna pink, pastu dalam album booties dan headband aku tu ada satu set booties and headband kaler pink grey...dia nak sebijik mcm tu...

so, demi tidak mengecewakan ex-roomate aku yang nak baby dia pakai satu set pink grey masa raya aji nanti, cepat2 aku siapkan untuk dia...so, inilah hasilnya...

baby booties sesuai untuk baby usia 1-2 month

headband dengan nama aisya

tagline aisya di situ

nak dijadikan cerita, masa nak jahit nama tu, aku tak perasan ejaan nama yang kawan aku tulis ni, aku punya la syiok sendiri ingatkan ejaan dia aisha, sekalik bila aku check aisya da...macam mana y boleh jadi h nih...hihihi...ni baru betoi2 syiok sendiri namanya...nasibla tak susah nak baiki balik...

booties dan headband

aku ingatkan nak bagi hadiah je kat dia, tapi aku tahu mesti dia taknak dan pasni kompem dia serik nak tempah ngan aku kan....so, aku pun bg la harga diskaun, harga member2 je...lagipun, dia dah banyak kali dah order booties dari aku...duit yang lebih tu aku suh dia bagi kat baby aisya, sebagai tanda hadiah aku untuk baby...

notakaki : baby aku asik gerak2 je bila aku duk mengait set pink grey ni, kawan aku cakap ntah2 baby aku girl jugak...errrkkk....no komen...hihihi
Related Posts with Thumbnails