untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam
Showing posts with label keychain. Show all posts
Showing posts with label keychain. Show all posts

keychain corak rama-rama

kali ni, nak share satu lagi corak keychain yang aku tengah menggedik buat...baru je try2 this pattern of rama2 pagi tadi...

actually, aku pernah buat corak rama2 nih, tapi saiz tapak tangan, kiranya, besar sketlah...

3 jenis rama-rama

okay tak rama2 aku nih? ada rupa rama2 tak? penat alter supaya saiznya ngam2 dan cun2 untuk buat keychain...

notakaki : teringat lagu ella, rama2...hihi

keychain corak blouse

macam2 jenis baju ada

ada tshirt, blouse, gaun, dan apa lagi yang korang boleh namakan...aku sendiri pun taktau jenis blouse apa yang aku buat nih...errr...boleh tak macam tu...hehehe

notakaki : berangan buat baju kait, buat yang mini2 la cepat sket siapnya, wakakaka

keychain corak bunga daisy

seputih dan setulus bunga daisy

notakaki : suke sangat tengok bunga daisy nih, tak susah pun nak kaitnya...senang dan mudah...

keychain corak booties

dah biasa buat booties untuk baby kan, sesekali...hamek kau...memang cinonet je saiznya...dah nama pun buat keychain kan, takkan nak buat saiz normal plak...terpaksa la dikecikkan sume yang ada...


sengaja aku tambah cute button sebagai hiasan, biasa aku letak hiasan bunga kait, tapi disebabkan saiz booties ni dah memang kecik, sangatla susah nak kait bunga kecik2 jugak...tukar rancangan...letak cute button cam tu...

notakaki : simple tapi tetap comel, ekekeke

keychain corak hati

3 hati sedang beratur untuk disunting

dah lama dah buat amigurumi heart nih, cuma kali nih, spesel sket sebab versi keychain...saiznya lebar 2 inci, tinggi plak lebih kurang 1.5 inci...dalam tu isi fiber...tu yang nampak cam sehat je hati ku hati mu nih...

baru buat 3 keychain corak nih, kawan2 adik aku dah selamat rembat...hehehe...time kasih adik2 sume...

notakaki : remaja2 yang sedang cintan cintun nih sukala corak macam ni, yang tak bape nak cintan cintun cam aku pun suka

keychain corak topi gedik

tajuk entry, sengaja je letak gedik, padan muka kau topi...


kali ni, share keychain corak topi gedik la plak, topi yang sesuai pakai buat ngengade kat pantai...cuma kali nih, versi yang tak muat kepala, jari muatla...

notakaki : teringin plak nak buat topi jenis macam ni untuk diri sendiri, auw....gediks...

keychain corak sandal

okay...keychain corak selipar jepun sudah buat, bila tunjuk kat mak aku, katanya..buatla corak selipar jenis sarung gitu plak...

apa eh namanya...sandal ke? entah...kalau tak silap aku, sandal nih jenis selipar yang bertali belakang kan?

kalau selipar jenis yang macam ni, dipanggil apa eh?

notakaki : seliparnya ada sebelah je, sebelah lagk hanyut dek air bah kot, ekekeke

keychain corak bunga kecil

hah...kali nih nak share keychain corak bunga plak...kecik, comel je bunga nih...

sengaja aku kait2 banyak2 warna macam ni sebab aku sangat2 suka kait bunga jenis yang macam ni...apa nama bunga nih, hehehe...sila jangan tanya aku sebab aku main taram je kait...


notakaki : hati berbunga-bunga riang, ulalalala

keychain corak selipar jepun

first time ever berjinak2 dengan keychain dengan hiasannya daripada kait2...so, masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki lagi...

nak tunjuk hasil yang telah aku kait...

corak selipar jepun

saiznya lebih kurang 2 inci panjang...lebar, tak ukur la plak...excited sangat nak tunjuk kat sini...

sesiapa yang berminat nak tempah, bolehla email aku...

notakaki : teruja plak buat hiasan kecik2 nih

mini ais krim versi crochet

first of all, wish terima kasih pada kakak senior crochet aku, tak lain tak bukan kak lia yang sedang berpantang anak kedua tapi ligat mengait sebab dia la yang buat mini ais krim nih, pastu aku plak tiru dia buat...terima kasih pada nini sebab sudi share pattern ini...

layan ais krim versi crochet lah plak, tak de lah secomel yang kak lia buat...


godak punya godak plastik benang aku, hampeh ah...warna coklat untuk buat kon dengan coklat rice tuh nan hado, yang hado tu ha, macam dalam gambar tu je lah...ahhh...layankan ajo lah...

notakaki : suka makan ais krim vanila, takpun cokolat...takpun strawberry...aahhh...pendek kata, sume suka la...sonang cito ha...
Related Posts with Thumbnails