untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam
Showing posts with label give away. Show all posts
Showing posts with label give away. Show all posts

menang hadiah dari asma-felt-box

rezeki untuk lebih berkraf...alhamdulillah...ari tu, ada join giveaway sorang blogger, merangkap crafter, merangkap one of my blogger friend...dah lama dah aku follow blog dia dan ntah bape kali ntah, banyak sangat deal ngan dia, sampai lupa dah...

dan, tak sangka...dalam ngengade join tu, ada rezeki untuk aku rupanya...terima kasih ya allah ya tuhanku...

aku tepek sini entry dia, nak tgk entry asal, boleh klik kat sini

Salam...

Sori korang, dah lama gila tak update blog...
Super duper busy dan ada prob nak access internet..
Skrg dah ok dah n harap akan terus ok smpai cerah...

Ok, nak umumkan pemenang bagi Happy Birthday GiveAway yg lepas...
Penyertaan tak ramai, mungkin sbb saya ni popular (wowo.. sedey... T__T)
Tapi yg bestnya penyertaan yg rendah memberi kebarangkalian mennag yg tinggi...

Susah gak nk pilih pemenang sbb semua ucapan sweet sangat...
Buat saya tersenyum sorang2 depan lappy...
Teruk kan saya.. Paksa2 orang wish befday pulak, siap ugut ngn hadiah lagi.. Huhuhu...

Okay la.. Merepek je tak abes2...

Baik la pemenang bagi GA kali ni ialah....
Meh saya tampal muka dia kat sini:


Dekat setengah jam jgk pilih pemenang ni...
Sebab semuanya best2....

Okay, tahniah kpd RosPutih...
Jangan lupa bg alamat tau..
In Shaa Allah saya poskan Selasa ni...

Dan kepada semua penyertaan yang lain...
Terima kasih byk2 diucapkan kerana sudi luangkan masa utk GA ni...

Mekasih tau....

Wassalam....


dan hadiahnya adalah,


Starter Pack Felt Craft versi Excited!


tapi sayang sekali sebab aku tak buat kraf guna felt nih...jadik, kemungkinan besar, aku akan bagi kat orang yang lebih berpengalaman bab2 felt ni atau berminat dengan felt...hmmm...itu cadangannya lah...

notakaki : tak sabar tunggu abang posmen hantarkan hadiah nih, ekekeke

Happy Birthday Asma


selamat hari jadi khas buat pemilik blog asma-felt-box

dengan ucapan

semoga bertambah-tambah-tambah rajin hupdate blog dengan berkongsi sama hasil jahitannya
dan ini adalah sambutan hari jadi yang paling bermakna buat asma sendiri sebabbbbbbb
tahun pertama sambut birthday dengan encek suami, ekekeke

psss...tahun depan mana tahu, sambut dengan baby plak, insyaallah

*sengaja je letak gambar kek tu, highlight kat word datin hokay

notakaki : puhh kiri puhh kanan, puhhla sifat lupa2 nak snap gambar hasil jahitan berkurang dah pas ni...kuikuikui

SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

berminat nak join giveaway ini?
terjah sini

berlangsung dari 21.10.12 - 21.11.12

Greennnpanda Craft's 1st Giveaway

dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku memulakan entry kali ini...

GA untuk disertai...hoyeah...

dah lama aku mencari rakan2 blogger khususnya rakan2 kraf yang sedang menganjurkan GA sebab apa, sebab yang memang kukuh lagi kuat, sebab aku nak joinla...hahaha


kali ni, salah seorang rakan fb yang juga rakan kraf aku sedang menganjurkan GA yang bakal tamat pada hari ahad bersamaan 30 september 2012 ini...masih ada masa lagi pada sape2 yang nak join, boleh klik sini...

ada beberapa je syarat yang perlu dipatuhi yakni
1. follow blogshopnya
2. like fb nya
3. buat entry bertajuk 'Greennnpanda Craft's 1st Giveaway', jangan lupa sertakan banner GA seperti yang kat atas tu
4. tinggalkan entry anda di entry asal penganjur
5. dah habis dah syaratnya

pemenang akan dipilih secara undian...

notakaki : semoga rezeki aku ada di sini, insyaallah....

lagi lagi GA di FB

hush...satu lagi GA yang dianjurkan oleh rakan2 kraf di fb...


GA kali ni ada 3 step je, tapi sebelum tu, kena friend dengan dia dulu...oppss lupa...GA kali ni dianjurkan oleh sis KS craft...3 step yang aku maksudkan itu adalah
1. LIKE fb penganjur
2. LIKE dan share picture yang kat atas tuh
3. komen dekat bawah gambar tuh

ha kan...dah setel...3 langkah mudah...actually, aku pernah sekali berurusan dengan sis yang anjur GA nih dan buat masa sekarang ni, masih mencari2 peluang untuk berurusan untuk kali kedua dan seterusnya, cuma masih belum berkesempatan sepenuhnya...

alang2 dah dia anjur GA, terpanggil jugaklah diri ini ke depan dalam 2 inci setengah untuk menyokong GA tersebut dengan cara menyertainya....yaaaa...baca ayat ni dengan penuh semangat dan perasaan sket...ekekekeke....

notakaki : sape lagi yang buat GA, tag la aku...aku ngah buhsang tahap gaban nih, sementara aku free dan tenet ada....hehehehe

GA kat FB

hari ni hari isnin, hari bekerja...memandangkan ari ni aku tak keje sebab masih mc dan tak banyak aktiviti yang boleh aku lakukan selain baring dan beronline...nasib baik la tenet okay, letrik ada kan...

dah terlajak jari jemari duk online nih, terpandang la satu entry dari cik asma felt kita yang tengah menganjurkan GA sempena 1500 orang yang telah like FB asma felt nya...

aku dengan berbesar hatinya nak memanjangkan lagi GA nya di sini...ini bukan iklan berbayar yer...ini free je, atas semangat setia kawan...actually, cik asma ni tak kenal pun aku, tp aku adala beberapa kali berurusniaga dengan dia...dah bape tahun dah aku follow aktiviti dan blog dia...jatuh bangun dia....errr...hiperbola sangatkah ayat aku? ekekeke...tapi serius aku cakap, ada masa cik asma ni kat atas dan ada juga masa2 dia kat bawah...adatlah berbisnes kan...tp harapan aku, moga bisnes dia bertambah2 dan bertambah2 lagi...


well.....pada sesiapa yang berminat nak join, cepat2la join sementara tawaran masih dibuka...ekekeke...

notakaki : sayang tollah takde kategori untuk blogger...hehehe

CONTEST : TEKA TEKI TEKUK - therosputih (relaunched)


therosputih>


salam sejahtera semua

seperti yang telah diketahui umum, 

CONTEST : TEKA TEKI TEKUK - therosputih

telah pun dirasmikan pada 21.01.2012 yang lalu dan telah pun mendapat penyertaan tetapi disebabkan beberapa masalah teknikal berkaitan setting blog ini, maka tetibe je entry tersebut menghilangkan diri sama ada disebabkan malu atau dimalukan, masih belum dapat dikenalpasti

dan oleh sebab sudah berjanji, maka entry ini ditaip semula dengan ehsan tuan tanah kedaun

syarat-syarat penyertaan

1. wajib follow blog therosputih dan blog jual beli crocheted

2. buat 1 entry dengan letak banner
 
mula-mula entry

3. tajuk entry anda CONTEST : TEKA TEKI TEKUK - therosputih

4. dalam entry anda, pastikan ada link entry ini

5. teka teki tekuk ini
klu : boleh mengeluarkan bunyi

6. satu entry layak untuk satu penyertaan dan boleh teka 2 kali sahaja

7. tag 2 orang kawan anda dan pastikan mereka tahu mereka telah ditag

8. apabila sume sudah setel, pastikan anda meninggalkan link entry anda di entry ini, tempat lain tak diambil kira sebab jenuhla aku nak mencari link2 anda itu

9. terbuka kepada semua blogger tidak kira di mana jua anda berada, oberthesi? boyeh jugak,,,


hadiah
 topup bernilai RM30 boleh juga ditukarkan kepada wang tunai
untuk seorang pemenang yang berjaya meneka neki dan menekuk dengan tepat dan pantas, meanings...kalau ada 2 orang blogger yang menjawab dengan tepat, pemenang akan dikira berdasarkan siapa yang tinggal link entry dia paling cepat la

dan

3 hadiah saguhati yang masih belum ditentukan lagi

TaMMaT

dengan ini, aku nak tag 2 orang kawan baik aku untuk merasmikan teka teki tekuk
dan 

sebarang pertanyaan boleh direct tanya tuan tanah kedaun

notakaki : sebarang hupdate mengenai teka teki tekuk ini akan dinyatakan dari masa ke semasa

hadiah GA saya nak phone casing (hupdate II)

maaf terlewat

hadiah pemenang GA saya nak phone casing sudah pun dipos minggu lepas...hope, end of this week, sume dah dapat yer...

GA saya nak phone casing

pengumuman : ini adalah sticky post, utk post terbaru, sila scroll down...thanks...

dengan ini, aku secara rasmi buat pertama kalinya aku akan menganjurkan GA saya nak phone casing bermula hari ini, horreyyy....



macam mana nak join? senang jer, tapi make sure sume point2 yang diperlukan dipatuhi hokey...kalu tak, disqualified terus...amaran keras...

1. mesti ada blog, dan beralamat di malaysia, senang nak pos hadiah kalau menang

2. jadi follower blog therosputih dan jualbelicrocheted-manik, ini link kedua2nya, just copy dan follow [www.therosputih.blogspot.com] dan [www.jualbelicrocheted-manik.blogspot.com]

3. masukkan kedua2 blog ni tadi dlm blog list masing2

4. buat satu entry bertajuk GA saya nak phone casing, jangan lupa, copy dan letak banner ga kat atas dalam entry anda...masukkan link entry ini dalam entry anda...dlm entry anda itu nanti, anda boleh tulis apa sahaja, tetapi mesti ada slogan saya nak phone casing kerana .... tidak lebih daripada 111patah perkataan

5. letakkan banner ga di atas di sidebar blog anda dan linkkan ke entry ini

6. kalau nak tag rakan2 blogger lain pun sangat2 dialu2kan

7. akhir sekali, sertakan link entry anda di ruangan komen entry di therosputih sahaja iaitu di sini, letak kat tempat lain tak dikira ha...letak kat entry ni pun tak dikira jugak sebab penganjur utama adalah therosputih...harap maklum...


okeh, itu dia syarat2 dia, senang je kan...apa hadiah yang bakal anda menangi?

1. pemenang akan mendapat phone casing seperti gambar di bawah, mungkin ada sedikit perubahan bergantung kepada keadaan dan pemenang boleh menentukan sendiri maksimum dua jenis warna bakal phone casing mereka



2. sebanyak 5pemenang akan dipilih (mungkin bertambah, bergantung kepada sambutan) berdasarkan kreativiti slogan, jadi buat betul2 slogan itu, dan keputusan pemenang adalah muktamad

3. GA akan berakhir tepat jam 11.21pm 13hb februari 2011 dan keputusan pemenang akan diberitahu selepas 7 hari GA berakhir iaitu pada 20hb februari 2011.

** apa2 penambahbaikan akan diberitahu di blog ini sahaja...sekian...

new year giveaway


tuan tak kenal rupa tak tahu
tengok profail, ooo....orang utara upanya
anjur giveaway tahun baru
tengok hadiah..perghhh...berkenan la pula

orang lain join, aku pun join
klik sana klik sini dah siap
hangpa nak masuk sini tekan
cepat-cepat, 20hb dah tutup

ASMA'S 1st GIVEAWAY....


sape asma? nak tau lebih lanjut, leh klik kat sini...

kak asma wat GA, tak sangka, sama tarikh ngan GA aku...ngeh3...aku sendiri pun dah lupa bila aku follow akak ni, pastu borak2, tukar2 pendapat ngan dia...apa yang menarik, of course lah hasil yang dijahit oleh kak asma...sangat comel, teringin nak belajar wat benda2 kiut miut mcm ni...antaranya,

octo mcm cimc lak...hehehe


tissue holder

paling tak lupa isu hangat di kalangan crafter, nak tau, klik sini

bila kak asma anjur GA mcm ni, terus nak join....mana tau dapat hadiah kiut miut mcm ni...ohhh...i like...


Saya join GA ni kerana saya nak menang hadiah kiut miut

walaupun wat masa sekarang ni tatau lagi apa hadiah dia, tp aku dah tau dah...kompem kiut miut punya...kan kan kan...hihihi...tak sabar nak tau apa hadiahnya...

korang tunggu apa lagi, moh kita pakat join...

notakaki : nak jadi crafter sepenuhnya, takmo jadi cikgu...boleh?

bolehhhh...boleh blah....

hukhukhukhuk

ZUNETA CARD CRAFT 1ST GIVEAWAY


comel kan handmade card nih? aku tertarik ngan kumbang merah tuh, comel, walaupun aku tak suka kumbang, tp kumbang kat atas ni, aku SANGAT suka...

sebab tu aku nak join giveaway nih, untung2 dapat handmade card mcm tu, hehehe, nak tau lebih lanjut, leh klik kat sini ye...

"ezloveycraft 1st giveaway"

nak tau lebih lanjut, bleh klik kat sini

give away nih terbahagi kepada dua, sama ada nak join melalui blog, ataupun melalui facebook...sbb tu lah aku cakap, nak tau lebih lanjut, klik link kat atas tuh eh...

aku join melalui blog, so ni adalah antara syarat2 dia...

1. follow blog ezloveycraft ni --> check!!

2. copy picture kat atas ni n link kan ke blog ni --> tu tu...gambar kat atas tu ha...--> check!!

3. tulis entry tentang giveaway ni kat blog korang2 sume dengan title--->"ezloveycraft 1st giveaway"
ni lah entry nyer kan...okeh...--> check!!

4. tag la berapa ramai kawan korang kat blog untuk join giveaway ni
nak kena tag ke? haih....aku takut la nak tag2 nih, takut org tak sudi nak join...nnti kang, menyusahkan dia plak...tp aku bleh cakap mcm ni lah...

kepada sume yang membaca entry nih, taknak join ke sedara sedari? hehehe...mehla kita pakat2 join...tak rugi pape pun, spend masa sket, patuh syarat dia, dah setel...kalu ada rezeki, naik nama kita...wakakaka...so, tu tu...cik adik manis kita tu, y tgh baca entry nih...join eh...

ni kira tag dah eh...--> check!!

5. tinggalkan link entry giveaway korang kat entry ni k? --> check!!


nak tau hadiah dia apa? perkenalkan ezloveycraft family...comel kan mereka nih? hehehe...


aku teringin la binatang kaler oren kat depan tuh..haih...puh kiri puh kanan...tolonglah dapat kat aku...aminnnn...hehehehe

notakaki : ada rezeki dapatla kan, takdo rojoki...tak dapek den nak nolong....
Related Posts with Thumbnails