untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam
Showing posts with label free pattern. Show all posts
Showing posts with label free pattern. Show all posts

star stitch pattern

first time aku belajar this kind of pattern ngan kak lela after dia share link kat blog dia...masa tu, aku buat phone casing untuk abang aku...ngan phone casing untuk kawan aku...pastu menyepi...lamaaaaa tak buat...last ari tu, teringat, dan terus cari macam mana nak buat sebab aku dah lupa...

disebabkan tenet slow, takleh nak tengok how to crochet star stitch pattern kat youtube....alternatifnya, try google image...dan terjumpa star stitch pattern nih...aku kongsikan ngan kawan2 sekalian...

                     

senang dan mudah nak faham sket bila ada diagram pattern ni kan...thanks to tjw1963 sebab banyak kongsikan info2 dan idea2 menarik berkaitan crochet, video yang dia upload kat youtube pun senang nak difahami bagi aku yang baru nak belajar nih...

notakaki : bercadang nak siapkan projek star stitch pattern ni besar2an punya...*kalau kesihatan mengizinkan

bunga jenis lain dari yang lain

nak kongsi pattern bunga yang sungguh menarik nih...

                     

ngah menung bila nak try buat bunga pattern nih...

oh ya...aku jumpa pattern ni kat sini
http://olavas.blogspot.com.au/2012/10/flower-pattern-in-english-o.html

notakaki : jatuh cinta ngan bunga nih

pincushion menarik

dah siap tulis tajuk entry baru mengelabah, betoi ke dak aku eja pincushion tu eh? hehehe...mintak maap la, i ni budak baru nak belajar...


terjumpa gambar ni hasil perkongsian rakan2 fb, dan aku terus terpikat...seperti yang biasa berlaku pada aku setiap kali tengok hasil crochet...

pastu mula la berangan nak buat, hahaha...yang penting, jarangla aku try...cit...sungguh tak boleh dicontohi...

aku share kat sini siap2 kot2 satu ari nanti terbukak pintu ati aku nak buat benda alah nih...

notakaki : baru pas buat beanie untuk anak sendiri...

crocodile stitch pattern

hasil perkongsian rakan2 di fb
senang je kan nak buat crocodile stitch ni, mula2 ingatkan macam mana lah hai...so, kepada yang berminat dengan stitch ni, boleh la try...

ramai crocheter buat stitch nih untuk kait beg...menarik jugak...cuma aku je yang belum berkesempatan lagi untuk cuba...

notakaki : selalu mimpi kait benda baru dalam mimpi je, hahaha

free pattern : topi corak nanas

pattern topi ni aku dapat hasil perkongsian kawan2 crochet dari fb...cantik kan...




kalau perhati betul2 kan, banyak sebenarnya yang boleh kita buat dengan corak nanas nih....dasat jugak nanas nih...hehehe

notakaki : sedap jugak kalau makan pajeri nanas

booties cantik

terjumpa pattern booties ni kat fb, ada kawan yang share2...aku pun share jugak kat sini...sumber asal dari sini


tak pernah lagi aku try, tengok step by step tu, macam takdelah susah mana kan...boleh cuba...satu hari nanti..

notakaki : tak kait apa2 pun lagi untuk anak sendiri, huk alahai...kesian...

mini ais krim versi crochet

first of all, wish terima kasih pada kakak senior crochet aku, tak lain tak bukan kak lia yang sedang berpantang anak kedua tapi ligat mengait sebab dia la yang buat mini ais krim nih, pastu aku plak tiru dia buat...terima kasih pada nini sebab sudi share pattern ini...

layan ais krim versi crochet lah plak, tak de lah secomel yang kak lia buat...


godak punya godak plastik benang aku, hampeh ah...warna coklat untuk buat kon dengan coklat rice tuh nan hado, yang hado tu ha, macam dalam gambar tu je lah...ahhh...layankan ajo lah...

notakaki : suka makan ais krim vanila, takpun cokolat...takpun strawberry...aahhh...pendek kata, sume suka la...sonang cito ha...

cara kait bunga berlayer-layer

aku dapat ni hasil perkongsian rakan2 di fb, sumber asal tidak dapat dikenalpasti

klik untuk tumbesaran jaya

ada macam2 versi dan gaya untuk kait bunga berlayer-layer nih, tadi masa layan fb, terpandang kat gambar ni, rasa menarik jugaklah untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain...

notakaki : aku sendiri pun tak pernah try lagi kait bunga macam dalam gambar ni

bookmark new pattern

kali ni nak share pattern yang aku rasa agak menarik dan tak rugi untuk dicuba...aku dapat ni hasil perkongsian rakan2 di fb...bila telek2 balik, baru aku perasan, kak lela pun ada pernah publish gambar yang sama...wah...tak sangka...padahal aku lebih awal bace entry kak lela, cuma time tu belum terbukak pintu ati lagi nak try buat...kali ni, memang betul2 terbukak punya...so, aku pun tryla satu, tak banyak...hahaha

ni adalah pattern yang aku cakapkan itu

dalam gambar tu ada tiga jenis pattern, tapi dalam gambar hasil bookmark yang aku buat ni, aku hanya tunjukkan hasil bookmark aku ikut pattern yang first tu, yang second dengan third pattern tu, ada aku try tapi aku lupa nak amek gambar...nnti kalau rajin aku datang, aku amek gambar dan share eh...*bila la gamaknya rajin tu nak datang

tiga hasil kait yang pertama 

cuba amek gambar dengan sudut yang berbeza
konon2 nak wujudkan nilai2 seni di situ, tapi taktaula sampai ke tak kesenian itu, wakaka

 okay, satu pattern dah try dan dah tunjuk hasilnya dekat kalian...korang apa lagi, try la buat korang punya bookmark style plak macam mana...

notakaki : best ada kawan2 fb yang rajin share ilmu2 yang berguna, nnti bolehla aku share sama korang pulak

bunga dari kain

kat rumah mesti ada banyak perca2 kain yang terpakai dan taktau nak buat apa kan...? kali ni, aku nak share sesuatu yang aku rasa quite nice dan tak rugi untuk cuba...

gambar ni aku dapat hasil perkongsian rakan2 kraf di fb...

sila klik untuk tumbesaran yang lebih jaya

selamat mencuba...

notakaki : terus terang aku cakap aku sendiri pun belum try lagi

panduan untuk ukur lilit kepala bayi

ari ni, terasa nak try buat headband jenis yang lain dari yang biasa duk buat, pastu teringin jugak nak buat headband yang jenis sarung je, takde tali2 nak ikat...tapi masalah utamanya adalah, ukuran untuk buat panjang headband itu...susahnya lah hai kalau takde model kan...

kalau ada model sekalipun, macamla setiap ukur lilit kepala baby tu sama antara satu sama lain...tak jadi, plan untuk buat headband jenis yang sarung kensel!!..stick lah kepada headband jenis yang bertali, sebab bila ada tali nih, boleh laras sket, mengikut kesesuaian bayi, dan bagi aku, ini adalah lebih best untuk dipakaikan pada baby...takdelah ketat sangat kan ikat kat pale dia...

kepada korang yang nak buat headband, kat sini ada panduan kasar untuk anda buat headband


terima kasih pada kawan2 kraf di fb yang sudi share pada aku panduan yang sangat2 berguna ini...so, aku share jugaklah untuk kalian semua...semoga dapat membantu serba sedikit...

selamat berkraf!!

notakaki : mood headband mai la plak

free flower pattern

perghh...lamanya tak hupdate entry kat sini...hmmm...aktiviti kait mengait masih diteruskan seperti biasa, cuma ntahla...bila ada mood nak hupdate, cik tenet plak sengal2 alam...bila tenet cun, aku plak yang sengal2 manja....apakes...

takpelah...kali nih, aku nak share something yang mungkin sangat2 membantu bagi mereka yang nak mencuba kait pattern bunga yang lain dari lain...aku bagi amaran awal2 yer..bunga nih, saiz nih memang agak besar, sesuai tempek kat apa jua jenis hat...kalu nak tempek kat booties tuh, rasenya kena ubah sketla saiznya time kait tuh...

klik untuk tumbesaran yang lebih mantop

actually, ni bukan gambar aku, one of my crocheter's friend jugak nih yang share kat fb, sangat2 bagus...kepada tuan empunya copy gambar nih, aku minta kebenaran untuk kongsi ye...tatau nak credit kat sape...

pattern bunga nih, kalau pandai main warna, memang sangat2lah cantik hasilnya.....tak caye? huh...cobalah dulu yer...

notakaki : selamat mencuba pattern baru nih
Related Posts with Thumbnails