untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

looming hat

well..mula2 sekali nak ucap berbanyak terima kasih pada empunya blog crochet-is-fun, (tak leh nak tag sbb update blog pakey henset jak)..terima kadih zati srbab perkenalkan pada akak apa itu looming..dannnn....

setelah berkurun simpan belakang lemari,sembunyikan loom set dari alia sebenarnya..haha..cuti sekolah ni..akhirnya..berjaya meloomingkan diri..hiyargh..perkataan baru yang berjaya aku create..jangan marah ye dewan bahasa dan pustaka..

inilah hasilnya...

simple knitted hat, black and grey

first hat yang berjaya aku hasilkan..pastu,try lagi sekali..kali ni, untuk my little daughter plak..ain's junior..

blue knitted hat

second one ni ada sedikit corak sket pada topinya..sket je, tak banyak..haha

seronok tengok anak pakai barangan kait yang kita buat sendiri..ohoi...

mula2 nak tepek gambar alia dengan topinya,tapi..mcm segan plak nak tepek gambar dia kat sini..kikiki..takpelah..buat simpanan peribadi ajolah..okaylah..babai..

notakaki : terima kasi ye amani aka izzati


beg kait

actually dah lama siap beg ni, cuma taktau kenapa lambat nak update kat sini...  


adjustment sket pada bahagian nama nya, sebab guna felt..mula2 kait but then aku rasa lain macam plak..dan2 tukar dan tempah pada sorang crafter nih..

tali dia tu blh adjust nak panjang mana..tu yang best tuh...hoho

paling aku suka adalah of course the mai character there, THE FLOWER!!! aku suka sangat bunga ros tu..gile jeles..rasa nak buat untuk diri sendiri jugak, tapi tak tau la bila gamaknya tu...

notakaki : harap sangat customer puas hati..

purse untuk mama

assalamualaikum dan salam sejahtera..lama tak bersiaran..tapi jari masih tetap ligat mengait..

terbaru, siapkan purse untuk mama..hadiah sempena errr...takde sempena apa2..saje buatkan untuk dia...


merah hitam memang warna kegemaran dia..sebagai penghias, bunga warna kuning sekuntum...

notakaki : maaf kepada customer yang lama menunggu feedback saya, saya kurang sihat...doakan kesihatan saya..

kopiah bintang hatiku

tajuk entry sesaje je kan..hakhak...kepala tengah tingtong sebab tadi sahur minum LA cafee tuh..

nak share hasil minggu lepas..cust request marroon pink, nak design lain, tapi aku terrrbuat design lain..hampeh tak aku nih? cit...mintak maap mintak ampun sesangat...nasibla cust tak bising, kalau tak, haru aku nak kena buat yang lain...

masa cust request kaler pink untuk kopiah, aku dah bajet mesti kopiah ru nanti ada unsur2 gugurl...errr...boleh bayang kopiah gugurl? hakhakhak...bayangkan ek...

tapi bila dah siap, eh...cantik jugak gabungan kaler nih...kihkihkih..aku bukan nak angkat bakul kat sini, sekadar menyatakan pandangan aku dari segi gabungan warnanya..


amacam? okay tak?

notakaki : dah 4ari tak mengait kopiah sebab badan kurang sihat, kepala pening..

kopiah pelangi

dapat request dari customer, nak kopiah corak pelangi...


hadif rizqy nama anaknya..nama tu plak bukan nama yang dikait pada kopiah macam yang biasa aku buat tu, sangat3 lain...huruf timbul, tapi takdakla sampai jadi 3D...

satu set kopiah dan booties..

notakaki : ceria je warna pelangi nih

kopiah kait nama

corak bintang lapan
gabungan warna dark purple dan grey


untuk menempah, nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

kopiah kait lagi


agak2 nampak tak corak kopiah nih? as requested, nak kaler hitam, ditempah oleh seorang customer lelaki, aku ingatkan untuk anaknya, tapi untuk diri dia sendiri daa...katanya lagi, anak2nya sume perempuan, jadi tak dapat nak tempah kopiah dengan nama...

takpe2, aku doa dari jauh agar pasni ada rezeki dapat anak lelaki plak, insyaallah...

notakaki : syiok plak mengait kopiah

kopiah kait bernama

wieeeehaaaa!!!

salam idak, apa pun idak, terus je terjah...miahahaha...

selamat berpuasa untuk semua...akak terlambat sehari, puasa ke2 baru nak tergedek2 nak hupdate...

tepek gambar sekeping, sebagai pembuka promosi


tempahan kopiah kait dengan nama dibuka dan akan ditutup sebaik sahaja mencapai kuota mengait bulan nih...kalau nak bulan depan, okay jer...haha

akak2 adik2 yang berminat nak tempah kopiah kait untuk yang tersayang, boleh direct email kat aku, nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : nak fokus pada perniagaan 



alfatihah buat aziz sattar

seriously, aku masih terkejut dengan berita kematian seniman tersohor, aziz sattar akibat serangan jantung awal pagi tadi, kat hospital kajang...



perginya trio terakhir bujang lapuk...

al-fatihah buat arwah...marilah kita doakan arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang terpilih, insyaallah...pakat2 kita sedekah al-fatihah...

notakaki : tak lupa, al-fatihah buat arwah p.ramlee dan samsudin...


hoodie cardigan dan booties

semalam share gambar hoodie cardigannya je, hari ni nak share semua sekali...

hoodie cardigan

booties

dan
cardigan dan booties

terima kasih kawan sebab sudi tempah dengan jualbelicrocheted

notakaki : untuk sebarang tempahan, email nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com



striped hoodie cardigan for boy

panas2 lagi ni, baru je siap semalam...


berminat? hubungi aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

1 mei 2014


tak dak istilah cuti bagi crafter picisan macam aku ni...cuti2 ni la ada peluang kejar pending order...moga dipermudahkannya...

notakaki : tempahan masih dibuka

tempahan dibuka dan dibuka

tajuk entry tak leh blah...

apa2hal, moh tepek gambar dulu




hah...macam2 jenis style earflap hat yang dapat aku hasilkan, terima kasih allah atas kesihatan yang kau berikan...

berminat? email aku ek
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : tengah plan nak buat apa plak pasni



crochet sales booth 2014

dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis


tarikh : 1-4hb mei 2014
masa : 10pagi - 10malam
tempat : stadium kuala selangor

purse atau phone casing

special request dari kawan, nak design yang lain dari yang lain...

jadik...terhasillah sesuatu yang lain dari yang lain...


boleh buh macam2...siap dengan zip lagi...

notakaki : rindu nak mengait dengan jayanya tapi stress sebab kerja banyak, kikiki

baby bergaya

aku dapat feedback dari sorang customer yang tempah earflap hat corak anchor aka sauh...gigih la cust aku ni whatsapp aku semata2 nak ucap terima kasih tanda puas hati....hehehe...terharu beb, patutnya aku yang ucap terima kasih kat dia sebab sudi tempah ngan aku kan...

syukur alhamdulillah dapat customer yang sungguh baik hati dan memahami...

ini gambar yang aku ambil, letak kat fb, post kat sini...

pastu cust aku ni share gambar yang dia amek...lagi canteq dari aku punya...wakakaka

unik dan kreatif kan dia...

oh yer...lupa...nama nya shenn...

dia share gambar abqary, anaknya..


olololo...tido...geram nak cubit...


aku gabung gambar2 yang dia bagi...


syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki allah padaku...

notakaki : ya allah ya tuhanku, permudahkanlah rezekimu padaku...






bear bear oh bear bear


cubaan pertama untuk mengait bear bear dan akhirnya...alhamdulillah...cubaan pertama menjadi...walaweih...kombang lobang idung bila mana hupload gambar kat fb...

bukan nak bangga diri berlagak, sekadar nak berkongsi kepuasan diri...pehhh...lenguh diri jugakla nak menyiapkannya...patutla handmade ni mahal kan...

notakaki : berminat? boleh hubungi aku
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

topi cap sauh

dapat request dari sorang customer, nak earflap dengan hiasan sauh merah...terkial2 la aku siapkan ordernya...

newborn size...


background lantai sendiri jerk, sebab takdan nak selongkar carik alas cantik...kikiki

notakaki : moh ler menempah hasil kaitan dengan aku...ngeeee

salam siaran

ya allah, lamanya tak hupdate sini..bukan sebab dah stop mengait, tapi sebab dan musabab yang datang bertingkek2..

mula2 line problem, pastu bussy, line problem lagi...pastu mood ilang...ekekeke..

aktiviti mengait tiap2 ari ada, dan paling best, tempahan dibuka sepanjang masa...

layan gambar munga chanteq amek dari google tadi..


notakaki : berazam nak hupdate blog secara berjadual

Related Posts with Thumbnails