untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

projek amal 'ku sarungkan kasih untukmu'


first time aku dengar projek amal nih, tu pun sebab ada rakan2 kraf bercerita...terpanggil untuk menyertainya, ingatkan nak kait sesuatu untuk mereka, tapi dah dinyatakan dengan jelas, 

Projek amal bertujuan menghadiahkan sarung bantal dan chemocap berwarna-warni bagi menceriakan pesakit kanak-kanak di wad.

ater...maknanya, nak yang dijahit dan berasaskan kain cotton, untuk keselesaan pesakit yang terdiri daripada kanak2...projek amal ini sebenarnya anjuran GMJC yang aku sendiri pun tak bape pasti apa maksudnya, tapi ahli2nya terdiri daripada individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang jahitan dan kraf...sempena sambutan hari kanak-kanak sedunia yang bakal berlangsung tak lama lagi, dorang sekarang ni tengah mengumpul sumbangan daripada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang...

apa sumbangan yang diperlukan?
macam2 sebenarnya, tapi fokus utama mereka adalah sarung bantal dan chemocap daripada kain cotton tu...kalau nak bagi sumbangan lain pun amat-amatlah dialukan...sumbangan yang dikumpul ini kemudiannya akan diagihkan kepada pesakit kanak-kanak di HKL....nak tahu lebih lanjut, boleh layari FB mereka di sini...kat sini ada dinyatakan bermacam2 info yang berkaitan...sangat menarik dan tak rugi untuk diterjah...

antara hasil yang telah pun mereka kumpul sehingga ke hari ini

sarung bantal

sarung bantal lagi

pun sarung bantal jugak

chemo pouch

lagi chemo pouch

chemo cap

knitted chemo cap pun ada

lagi knitted chemo cap

okay...itu adalah antara hasil yang telah pun dihantar oleh mereka yang bermurah hati...supposed to be, akhir bulan nih dah tamat projek amalnya, tapi telah dilanjutkan sehingga 15 oktober 2012 ini untuk membolehkan lebih banyak sumbangan diterima...

pada mereka yang berminat untuk menyertai, anda boleh menjahit sarung bantal dan chemo pouch mengikut ukuran ini
sarung bantal : 29" x 19"
chemo pouch : 3" x 5" dan stringnya sepanjang 24"

sumbangan anda boleh dihantarkan ke alamat
GMJ Club,
No. 12A, Jalan Labu 28/23,
Seksyen 28, 40400 Shah Alam,
Selangor. 

selewat-lewatnya atau pada 15 oktober 2012

notakaki : ngah selongkar stok kain cotton yang ada

2 comments:

mi$$ch0c0laTe said...

knitted chemo cap nie comel la..

therosputih said...

mi$$ch0c0laTe
aah...memang cantik...bestnya sape yang buat ni kan, jeles nengok...bila la nak pandai knit macam dia jugak...
*berangan je lah

Related Posts with Thumbnails