untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

bootoes and mittens

ini bootiesnya

dan ini pulak mittens dengan gaya yang sama dengan booties di atas

hasilnya


booties and mittens
dengan gaya yang sama


dihadiahkan kepada puan haslina yang bakal dapat baby girl...hope akak berkenan lah yer...

notakaki : warna pink pinky dia sangatlah gurlish...

baby booties lagi


menggunakan design yang baru aku belajar ari tuh, aku pun kait satu lagi booties, kali ni warna biru, untuk dihadiahkan kepada one of my sedara yang ada kat bumi bintulu nih...dia baru je dapat baby boy pas raya itu ari...so, saje2 kait utk anak dia...

sudah pun diserahkan pada empunya baby melalui kawan aku...aku tak bagi sendiri sbb aku kadang2 je jumpa ngan dia...cun2 dah bagi booties, sedara aku ni tanya bila plak nak bagi mittens nye....*gulp

notakaki : ada kawan aku tanya, bila nak kait utk anak sendiri plak? adeh...nnti2lah yang tu...

phone casing with new style


woahaa...sambil aku duk godak2 phone casing aku yang lama, ada sorang kawan sekerja aku request exactly just like my own phone casing....huishhh....terus aku cakap kat dia mana boleh tiru aku punya, ini satu2nya ada kat atas muka bumi nih...handmade beb...

pastu dia request la kat aku nak jugak, so, tanya dia nak warna apa, katanya, dia suka purple...so....aku pun buat la satu utk dia...FOC...hadiah untuk kawan...bila lagi nak berhadiah2 begini kan? hehehe

actually, biasanya aku buat aku letak 1 kuntum bunga je...pastu aku tetibe gatai tangan nak buat kelainan khas untuk kawan aku nih, maka, aku pun tambah lah lagi 1 kuntum bunga...memang berbunga2 lah kau pasni eh...hehehe

notakaki : tetibe aku plak berkenan ngan design 2 kuntum bunga ginik...hauhauhau

another phone casing with flower and leaves


phone casing ni dah almost one week siap dan masih dalam simpanan aku, request made my one of my roommate mase study dulu...dia tgh bizi2 ngan konvo, so, aku simpan lah dulu, tunggu dia kasik dia nyer alamat...

kawan aku ni peminat tegar warna pink, kalu bulih, anak mata pun nak tukar kaler pink, tapi apakan daya...dia request kaler pink ngan ijau, aku pun bajet sendiri lah what kind of pink that suit her, so, this is the result...

booties, made by order

ni lah dia rupa booties yang direquest by sorang kawan aku kat sekolah, dia bagi gambar kat aku suh buat just exactly mcm dlm gambar tu...memandangkan kesihatan aku yang tak bape nak tip top, pastu ngan keje melambak2, order ini tergendala hampir seminggu jugaklah...

it took me almost 2 days nak siapkan booties ini...siap tu dah siap, sekarang ni, masalahnya, muatkah ngan kaki puteri terchenta nya itu? hmmmm...

setiap kali aku buat booties, aku selalu tertanya2 condition kaki baby, risau beb...kot2la tak selesa dia pakai kan, baby bukan reti pun nak habaq mai kat kita betapa tak selesanya kaki dia...so, keutamaan aku dalam buat booties adalah keselesaan baby, pastu baru tanya pendapat mak ngan apak baby...

notakaki : tak sabar nak pass booties nih kat empunya badan esok...insyaallah...

phone casing with flower and leaves


first time buat phone casing jenis yang mcm ni tapi ada bunga ngan daun sekali...dah lama dah idea ada dlm pale, cuma tak berkesempatan nak bermain dengan bebenang je...nak kate bizi, rasanya belum keje yb lagi, tp kompius jugakla kan, asalla ada keje je manjang...

harga : rm10
warna : bergantung pada permintaan
sedia menerima tempahan
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : rindu nak mengait projek baru2

phone straps untuk dijual - restock

picture credit to google

hoyeahhh...tadi baru pas check email dari sorang akak blogger aku, katanya, phone straps dah restock...maka, aku dengan ini membuka semula kedai....

10pcs phone straps dengan harga rm2.00
warna available - hitam sahaja

so, pada sesape yang berminat, as usual, boleh drop comment kat entry ni beserta dengan emailnya sekali ye, senang aku nak contact, atau boleh terus contact aku di  nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

aku ni bukannya nak berniaga sangat pun, tapi sebab utama aku adalah nak tolong rakan2 blogger yang berminat nak dapatkan phone straps dalam kuantiti yang sedikit, buat kraf kecil2lan namanya kan, mcm aku la tuh...so, alang2 aku buat kraf guna phone straps ni, aku tolongla mana2 yang patut....

aku nak ucap time kasih berbanyak pada kak asma empunya blog asma felt box yang tolong aku dapatkan phone straps ni....

notakaki : dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku merasmikan gerai jualan phone straps...apa tunggu lagi, let's crafting!!!

sponsor - baju kurung pahang


baju kurung pahang

tawaran masih lagi terbuka kepada mana-mana blogger yang nak anjur ga ka contest ka, kali ni, aku tunjukkan sekali ngan gambar baju nye...aku ni bukan apa, kawan pada kawan jugak yang mintak tolong ngan aku...aku nak anjur sendiri, aku tak sempat nak hupdate blog memanjang, jadi, aku panjangkan pada kawan2 yang lain kot2 ada yang berminat kan...nampak gaya mcm tak mendapat sambutan jerk...

details tentang baju seperti mana yang diberitahu sama aku
saiz : 40
harga beli : rm190
keadaan baju : masih baru, belum dipakai

aku bajet dapatla sambutan blogger lain sempena nak raya ni kan, kalu menang baju cenggini, kompem bleh buat beraya...lalalala...tapi tgk pada sambutan, raya tahun depan pun belum tentu ada orang dapat baju tu...hukhukhuk...sedihnya aku...

mana2 blogger yang berminat nak jadikan aku penganjur, syaratnya mudah sahaja, mesti wajibkan peserta follow blog penganjur yakni www.jualbelicrocheted-manik.blogspot.com, itu sahaja...

notakaki : cepat2la ada blogger berminat nak anjur ga takpun contest, kesian sama kawan aku...nak jual kat orang, tatau nak jual mcm mana, so...nak ler let go mcm tu je...

jemputan untuk semua

aku dengan ini mengambil peluang yang ada, untuk menjemput kalian semua, terutamanya rakan2 krafter yang aku sangat2 sayangi sekalian, untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinanku yang bakal berlangsung pada 2hb september 2011...maklumat lanjut, bleh rujuk kad di bawah...






orang lain sebok nak beraya, aku plak? errr...tak sebok mana pun sebab sume benda diuruskan oleh mak tersayang ngan sepupu tersayang aku, time kasih daun keladi, nnti tolonglah lagi....tinggal aku huluq money oh money je kat depa sume...

aku ingat nak pos kad pada sume kawan2 krafter aku, tp disebabkan kesian kat posmen2 nak antor kad raya kagi, aku plak kekgi menambahkan kerja yang ado, so, ada yang sempat aku pos, aku pos, yang tak sempat, den nak buek camno dah...ini jo lah yang den termampu....

semoga majlis yang dijalankan diberkati seadanya...dan akhir sekali, doakan kebahagiaan aku dunia dan akhirat...insyaallah...

notakaki : selamat ari raya sume

special order

pencil case with zip

pencil case ni ditempah oleh sorang cikgu kat sekolah aku, nak bagi hadiah hari jadi kat sorang lagi cikgu sekolah aku...cikgu tu suke kaler pink, sama cam aku...so, dia request aku buatkan casing, tak kisahlah casing yang camne, yang penting kaler pink, ada nama...

so, setelah aku pusing2, menung2, aku decide nak buat pencil casing yang saiznya boleh memuatkan kalkulator saintifik tu...dah siap, last sekali aku jahit nama birthday teacher tuh...fatnin namanya...

sudah selamat diserahkan kepada tuan yang menempah, dan tuan yang menyambut birthday...

terima kasih atas tempahan anda, hope korang berdua suke...

soping2 lagik

hahaha...mentang2la kerajaan umum bonus setengah bulan gaji, sakan la kau menyoping eh? eh eh eh...takde kaitan ngan bonus yang bakal dapat tu eh...ini memang aku dah lama dah nak beli...


1 set of 12 crochet hooks

sape yang rasa cam berminat, terjah je kat amani punye blog nih, dengar cite, masih ada stok...so, apa tunggu lagik..cepat2la booking...

harga rm54 exclude postage, so, korang calculate la sendiri...senang cite, berurusan je ngan tuan punya blog, sangatlah peramah orangnya...tak rugi berkenalan lebih lanjut ngan dia kan amani kan kan kan...

notakaki : crochet hook dah selamat sampai ke tangan, suke3

soping oh soping

ayeen's craft baru je hupdate entry pagi ni, terus aku terjah laju2...pastu sengeh2 sorang2...aku nak beli ni...

pin brooch saiz 15mm
10pcs - rm1.20
50pcs - rm5
100pcs - rm9


ada mcm2 barang lagi dia jual, ada hair pin, keychain, kain felt, and many more....terjah je kat blog dia...ececece....promote kemain lagik nih...

rasa mcm nak buat projek melibatkan brooch le plak...dah lama tak buat personal project...rindu akan zaman kelebihan masa itu...

ada sesape nak anjur contest?

okeh...tawaran ini terbuka kepada mana2 blogger yang nak anjur contest atau ga...dengan ini, aku nak mengumumkan kepada kalian semua, aku nak jadi penganjur hadiah contest atau ga...

hadiahnya adalah sepasang baju kurung pahang, sesuai untuk dijadikan baju raya nanti, saiz 40....sape2 yang berminat, leh drop komen kat mana2 entry, lagi bagus kalu dapat drop komen kat entry ni....

kepada blogger yang lain, tolonglah hebah2kan kepada rakan2 blogger anda yang lain jugak ye...

notakaki : sape cepat dia yang dapat

bunga hiasan


ini nama dia kolaj, tapi kolaj ni bukan jenis yang racik2 kertas into smaller piece, pastu tampal ramai2...ini koyak kertas besar2, make sure koyak tu biarlah ada rupa dan bentuk apa yang kita nak buat...pastu tampal ramai2...senang jer...

apa yang penting hanyalah teknik mengoyak tu jer...jangan nanti nak buat bunga, koyak punya koyak, apa yang dapat? tak dapat pape...huh....yang tu sadis....

notakaki : aku ni tak bape nak berseni mana, jadi kepada yang lebih mahir, tunjuk ajar ku sifu...

unik atau memeningkan?

meh kita tengok lukisan yang seterusnya plak...


what is the first word that came out from your mouth?

unik? cantik? pening? wahhh? atau .....

masa aku arah students aku suh dorang hasilkan lukisan exactly mcm kat atas tu, terus dorang komplain dan komplain dan komplain...aku baru suh dorang lukis, belum ajar lagi mcm mana mau lukis...haiyya...budak2 zaman sekarang nih...

pas aku ajar camne nak buat, tricky part dia mcm mana....ada suara2 sumbang cakap2 kat belakang

eleh...lukisan mcm ni je kot suh kita lukis, kasikla yang mencabar minda sket

ooo...masa aku suh korang lukis awal2 tadi, bapak ah banyak songeh nyer...dah tau mcm mana nak lukis, bising2 cakap senang la, tak mencabar la...banyak lah songeh korang sume...ada yang kena ketuk pale ngan aku nih...

moral of the story : takmo ajar korang lukis mcm mana gi dah pasni, korang lukisla sendiri, padan muka korang! huh!!

sisik ikan


ari ni cikgu nak ajar kamu2 semua tentang corak sisik ikan....tu tgk gambar kat atas tu...

tengok jangan sampai ada yang mengalami kejulingan plak yer...tu corak sisik ikan, bukan burung merak tau...

ada students aku cakap tu burung merak, adeh....hampeh.....maybe sebab warna dia mcm tu kot, aku sengaja wujudkan kontra antara warna2 yang terlibat, that's why kaler dia cam meriah semacam jer...tapi dia tetap sisik ikan tau, bukan burung merak....

delivered to little princess in shah alam

first time buat design mcm ni, bunga sekuntum di depan...



sudah pun dihantar kepada empunya badan...semoga puan juliana dan baby suka...

notakaki : terharu dengan usaha puan juliana yang bersusah payah mencarik aku nak tempah booties utk lil princess nya...terima kasih sis...

melukis itu seni

sila klik gambar di atas utk tumbesaran gambar yang lebih sihat....

hahaha...tgk gambar tu betul2...aku lukis masa tgh jaga exam, students duk khusyuk jawab soklan, cikgu kat belakang khusyuk smpai meleleh2 ayaq liuq melukih, ahaks....

aku tau tak cantik mana, tp sebab aku yang lukis, maka...sila kagumi usaha yang telah aku tabur di sini...harap maklum....

ni untuk tajuk imbangan simetri, nampak tak keseimbangan yang ada? hehehe....aku main taram je ni, janji nampak simetri dia, habis cite....

notakaki : lukisan simple je, tp aku? huh...berpeluh2 nak melukis nih....

sudah lama tak bercrochet

hadoila...makin lama duk di sekolah ni, makin mnimbun-nimbun kerja yang datang kan...hehehe, takpe2...keje banyak2, kita buat sket2, lama2 siapla jugak tu kan kerja2 sekalian...dun't worry lah my dear, everything gonna be alright....kata aku datang ati smbil senyum kelat

sebenarnya, aku dah lama tak mengait, bukan sebab takde benang ke kekuatan ke hape ke, tapi sebab aku takdan nak berpoya2 bercanda2 ngan benang...kalu ada masa, aku guna wat abm - alat bantu mengajar untuk subjek seni, aktiviti apa lagi kalu bukan melukis, mewarna dan sebagainya....

nak tengok hasil seni aku yang tak bape nak seni? hehehe...tapi janji ngan aku siap2, korang jangan sesekali gelak tau...aku tau aku tak berseni, aku buat pun setakat yang aku termampu je, budak baru nak belajar le katakan....

tunggu aku hupload gambar2 hasil abm aku tu eh...sabar2....

notakaki : doakan sekali cik tenet okey bila mana aku nak bertenet kat umah dengan jayanya....

hat

picture taken from crochet-mania

pepagi lagi aku duk mengusha crocheted hat, tak pernah buat, teringin nak buat, mcm mana la ropanya...kopiah penah lah aku buat, aku agak lebih kurang je kot caranya kan...

pastu tadi, ternampak pattern crocheted hat mcm gambar kat atas tu kat sini, video pun ada gak, korang klik je link kat tu, nnti ada link video dia kat laman tuh...kalu sebut crochet-mania, siapa lagi kalu bukan theresa gak, aku suka dia nye stail sebab satu, senang, mudah nak ikut, pastu english dia pun best...suke dengar suara dia...hakhakhak

aku belum try lagi pattern ni, bila ek nak curik masa kejap nak buat nih...

notakaki : benang pun tak banyak, nak buat projek pun rasa tak best...

1 mei tetap bekerja

aloha sume...selamat menyambut hari buruh wahai pekerja sekalian, hari ni hari pengiktirafan bagi kita yang bekerja supaya duk umah, layan keluarga, layan diri dan layan pe yang kita nak...pendek kata, ekau layankan jo apo yang ekau nak...yang ponting, ekau punya money hokey....

tapi kepada crafter sekalian, setiap hari adalah hari bekerja bukan, kalu sehari tak berkraf, rasa tak lengkap idup ini...ecewah....perumpamaan lah tu kan...

so, kepada crafter sekalian terutamanya kepada kak suziyana (lupa sudah apa nama blog dia), kak lela dan kak asma, selamat berkraf!!!!


notakaki : bila agaknya dapat jumpa dan lepak ngan crafter2 lain...

koleksi phone casing


ini adalah antara koleksi phone casing yang telah aku buat...sebelum ni aku tunjuk gambar satu2, ari ni, aku gabung sume empat2...sebenarnya ada satu lagi, tapi nak buat mcm mana, tak termasuk dalam senarai ni plak...takpelah, yang penting ada kan...takde kat sini bleh carik kat entry before ni...

harga setiap satu rm10, termasuk kos penghantaran pos biasa, kalu nak pos laju, add rm6, pos ekspress, add rm3 sahaja...murah2...warna? boleh pilih nak kaler apa...apa2 hal, boleh dibawak berbincang....

notakaki : moga mendapat sambutan di tempat baru ini....

phone casing dark purple + light purple



warna : dark purple + light purple
harga : rm10 (termasuk kos pos biasa sahaja)
pos laju = +rm6
pos ekspres = +rm3

peringatan : kalu pos biasa, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli

phone casing merah + pink



warna : merah + pink
harga : rm10 (termasuk kos pos biasa sahaja)
pos laju = +rm6
pos ekspres = +rm3

peringatan : kalu pos biasa, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli

phone casing pink + purple



warna : pink + purple
harga : rm10 (termasuk kos pos biasa sahaja)
pos laju = +rm6
pos ekspres = +rm3

peringatan : kalu pos biasa, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli

phone casing maroon + light green



warna : maroon + light green
harga : rm10 (termasuk kos pos biasa sahaja)
pos laju = +rm6
pos ekspres = +rm3

peringatan : kalu pos biasa, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli

phone casing pink + putih


warna : pink + putih
harga : rm10 (termasuk kos pos biasa sahaja)
pos laju = +rm6
pos ekspres = +rm3

peringatan : kalu pos biasa, pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya barang yang ditempah tidak sampai ke tangan pembeli

hadiah GA saya nak phone casing (hupdate II)

maaf terlewat

hadiah pemenang GA saya nak phone casing sudah pun dipos minggu lepas...hope, end of this week, sume dah dapat yer...

hadiah GA saya nak phone casing (hupdate)

kepada pemenang2 GA saya nak phone casing yang berakhir pertengahan bulan februari yang lepas, adalah saya selaku pihak penganjur, menyusun saploh jari sebab tak sempat nak siapkan hadiah masing2...sume gara2 kerana stok benang...

syukur alhamdulillah, hari ini, aku berjaya gak kumpul warna2 benang yang telah direquest oleh pemenang, so, kalu takde aral melintang, dalam minggu ni siap sume hadiah, dan boleh diposkan kepada pemenang masing2...

segala kesulitan dan kelambatan pihak penganjur, amatlah dikesali...apa2hal, terima kasih atas feed back yang diberikan oleh anda...

benang oh benang

hampir 2 bulan duk di perantauan, jauh dari tempat asal...aku rindu suasana di mana kalu aku nak beli benang, just go and buy, sbb skrg ni, kalu rasa nak benang, kena tunggu utk satu tempoh masa, pastu wait and wait wait...meaning....kena mintak budi dan jasa baik orang2 di kampung halaman dan kengkawan sekalian poskan untuk haku...sadis...

ari tu, masa cuti sekolah, aku sempatle borong beberapa buku benang untuk wat bekal datang tempat baru...sangatla bahagia kan tgk benang banyak2...hahaha...buat stok nama dia...

sekarang ni, kalu aku rasa nak mengait, laju je tangan aku amek benang, pastu mengait...sape2 yang nak request pape dari aku, tgk benang ada, bleh je aku buatkan...atleast, terubat jugakla rindu nak mengait tu kan...hehehe

notakaki : nak jahit manik la plak rasanya....baju mana la ni ynag bertuah untuk diupgrade kan....kwang3

hupdate sket


ni adalah sebenarnya aktiviti lama, tp sbb aku buhsan, tatau nak hupdate stori apa yang best kat sini, maka terpaksalah aku mengorek kembali kisah2 lama...ecewah...

tu nampak tu, yang atas tu phone casing, yang bawah tu apa? siap sepasang lagi tu ngan phone casing...hehehe

kalu nak tau, tu adalah sarung pasport aku, kwang3...disebabkan aku asik bwk ke hulu ke hilir pasport tu, so, tergerak ati le nak buat casing untuk dia, senang, takde lah org tau tu buku apa...tp aku dah mengantoikan diri sendiri dah ni, pi habaq kat sini...alah...takpelah, aku tau pembaca aku baik2 aje...tettttt...tu yang jahat tepi dinding tu, hang tak termasuk eh, pi cuci hati dulu, baru aku bleh cakap hang baik2 aje...

sobonarnyo eh, aku siap kait dua2 tu before aku fly ke sarawak lagi...sekejap je nak buatnya, amek masa bape jam tah, tp make sure tulang anda cukup kuat sbb anda perlu duduk tegak sepanjang buat tu...

notakaki : rindu nak mengaitttttttttttttttttt

menyesal

aih...tiap2 malam before tido, aku musti rasa gatal2 kedua belah tangan, tatau nape...pas tenung2 telek2, baru aku perasan, aku gian nak mengait...sedihnya...kat sini, tiap kali kuar beli barang, aku musti usha benang kait, tap hampeh...sik ada je manjang, kamik rindu sama crochet...

pastu mula ah, menyesalnya tak bawak bekal benang bebanyak, dah la sekarang ni aku utang ngan pemenang GA saya nak phone casing, sebab kat sini takde jual benang...penat dah aku usha...siap tanya students kot, yelah, manalah tau kot2 dorang tau kan...tp dorang pung geleng2 pale...

aku nyesal tak bawak benang kait....hauuuhauuuu

GA saya nak phone casing

pengumuman : ini adalah sticky post, utk post terbaru, sila scroll down...thanks...

dengan ini, aku secara rasmi buat pertama kalinya aku akan menganjurkan GA saya nak phone casing bermula hari ini, horreyyy....



macam mana nak join? senang jer, tapi make sure sume point2 yang diperlukan dipatuhi hokey...kalu tak, disqualified terus...amaran keras...

1. mesti ada blog, dan beralamat di malaysia, senang nak pos hadiah kalau menang

2. jadi follower blog therosputih dan jualbelicrocheted-manik, ini link kedua2nya, just copy dan follow [www.therosputih.blogspot.com] dan [www.jualbelicrocheted-manik.blogspot.com]

3. masukkan kedua2 blog ni tadi dlm blog list masing2

4. buat satu entry bertajuk GA saya nak phone casing, jangan lupa, copy dan letak banner ga kat atas dalam entry anda...masukkan link entry ini dalam entry anda...dlm entry anda itu nanti, anda boleh tulis apa sahaja, tetapi mesti ada slogan saya nak phone casing kerana .... tidak lebih daripada 111patah perkataan

5. letakkan banner ga di atas di sidebar blog anda dan linkkan ke entry ini

6. kalau nak tag rakan2 blogger lain pun sangat2 dialu2kan

7. akhir sekali, sertakan link entry anda di ruangan komen entry di therosputih sahaja iaitu di sini, letak kat tempat lain tak dikira ha...letak kat entry ni pun tak dikira jugak sebab penganjur utama adalah therosputih...harap maklum...


okeh, itu dia syarat2 dia, senang je kan...apa hadiah yang bakal anda menangi?

1. pemenang akan mendapat phone casing seperti gambar di bawah, mungkin ada sedikit perubahan bergantung kepada keadaan dan pemenang boleh menentukan sendiri maksimum dua jenis warna bakal phone casing mereka



2. sebanyak 5pemenang akan dipilih (mungkin bertambah, bergantung kepada sambutan) berdasarkan kreativiti slogan, jadi buat betul2 slogan itu, dan keputusan pemenang adalah muktamad

3. GA akan berakhir tepat jam 11.21pm 13hb februari 2011 dan keputusan pemenang akan diberitahu selepas 7 hari GA berakhir iaitu pada 20hb februari 2011.

** apa2 penambahbaikan akan diberitahu di blog ini sahaja...sekian...

rindu nak mengait

aih...siang malam agaknya aku duk telek je jarum kait aku yang 2batang tu, rindunya nak mengait...dlm ati, nyesal tak bawak benang sebuku dua...ohhh...

mlm2, tangan gigil2, gian mau mengait...hakhakhak...

sekarang ni, aku kat bintulu, sarawak...best duk sini, cuma maybe kos sara hidup kat sini agak tinggi, rasa cam duduk kl aje, takde ktm ngan lrt, apatah lagi monorail...tp aku tak rindu tu sume, dah biasa...sblm ni, duk umah, takde jugak benda2 tu sume...tp at least ada benang, ada manik kan...hehehe

aku rasa cam nak beli mesin jahit je...harharhar...apa? mesin jahit??? mau beli ngan taik gigi kah...kwang3...

mungkin sebab kat sini, takde tugasan pape lagi, so, masa yang ada tu banyak dihabiskan ngan mengemas umah, tgk tv, online, dan sebagainya...aku ada jugak tanya kawan2 yang dah lama area ni, mana nak cari benang, tp dia sendiri pun tatau...kalu ada agaknya, kena beli online la kot kan...hmmmm...tgklah mcm mana nnti...

okaylah kalian...aku chow dulu...mau siap2, kawan serumah ajak kuar jenjalan, bleh beli barang rumah...

aktiviti crochet terpaksa dikurangkan

adeh...tajuk entry pun dah bisa men-down-kan sesape yang bace kan...kalu korang down, aku laaaaagi down, sbb crochet ni dah jadi part of my life, so, mcm mana nak pisahkan aku ngan crochet...owh tidak...

sume sebab aku T.E.R.P.A.K.S.A.

tempahan masuk pun aku dah terpaksa hold sebab aku takut aku tak mampu nak buat, tp ada jugak customer yang tak kisah ngan keadaan aku, and still can wait, so, aku terima la...thanks sesangat pada customer yang sangat2 tolerate ngan aku...

sape yang follow aku kat sini mcm kak lela, dan mereka yang lain, yang selalu komen entry aku kat sini, mungkin tatau lagi kan...so, kat sini, aku nak cite lagi sekali...

mulai isnin ni, 07.02.11, aku akan ke taklimat guru baru, pastu 08.02.11 aku akan fly ke S.A.R.A.W.A.K. jauh tak jauh, terbang juga le ke sana...area mana tu tatau lagi, sbb kena gi taklimat lu, baru tau mcm mana flow dia...hope everythings gonna be alright for me kan...

sehubungan dengan itu, ecewah...mcm tulis surat rasmi plak kan...aku tak dapat nak teruskan aktiviti mengait, menjahit manik mcm sedia kala, sume sbb nnti kat sarawak, aku tak dapat nak bawak sume tu bersama, limit 20kg je beb barangnya, pastu nak gamble2 lagi kat sana, so, terpaksa la tinggalkan sume stok yang ada kat umah...sob sob sob...sedih woo...

setakat ni, yang kompem aku bawak jarum kait je, hehehe...dengan harapan, nnti kat sana jumpe stok benang yang sesuai utk aktiviti mengait...kalu tak, harapan tinggal harapan je lah...adeh...tak dapat nak bayangkan...

kemungkinan besar, takde hupdate2 mana la kat blog ni, adeh...sedih...tp takpe, kalu ada tenet, aku tetap akan jengah blog2 crochet yang aku follow...hehehe...doa2kanla ada tenet yang laju dan sangat dasat di sana nanti, bak kata pepatah busuk, boleh online di mana2 sahaja, even sambil berak pun boleh...errr...busuk kan pepatah ni?

notakaki : kalian...doakan aku selamat di perantauan sana...dan jadi guru yang bagus...

terima kasih pu3craft

 adeh...seribu penyesalan ala2 lagu imran ajmain tu lah...sebab...

baru nak habaq mai kat sini, padahal bendanya dah berkulat dah guna...eh, tipu je lah tu bab berkulat tu...masih cantik, kemas disimpan...sayang lak nak guna...



ini adalah antara hadiah saguhati yang diberikan oleh pu3craft sempena ke-join-an aku dlm contest yang dianjurkan oleh beliau, err...contest ke nama nya? kwang3...aku dah lupa dah la, tp yang penting, kena komen slogan sempena logo terbaru beliau...cantik kan logo baru ni...walaupun aku tak menang, tp aku tetap juga dapat saguhati...well...thanks to akak natasya sbb murah hati...lain kali anjur le lagi...hehehe

mushi2 group

 merah

pink

coklat gelap

 kamilah the mushi2 group

alkisah...ari tu, first amigurumi mushroom aku, yang aku panggil mushroom albino tuh, adik aku letak kat pencil case dia, jadik key chain tu, pastu...alih2, ada kawan dia yang berminat, nak jugak...so, kesian kat budak2...aku layankan je...aku letak phone strap, senang sket dorang nak sangkut kat idung ke telinga ke apa ke kat mana-mana dorang suka...

menu tengah hari, ulam cendawan, amacam? ada berani kau mau telan?

notakaki : ayah aku tak habis2 gelakkan mushroom aku nih...hukhukhuk

new year giveaway


tuan tak kenal rupa tak tahu
tengok profail, ooo....orang utara upanya
anjur giveaway tahun baru
tengok hadiah..perghhh...berkenan la pula

orang lain join, aku pun join
klik sana klik sini dah siap
hangpa nak masuk sini tekan
cepat-cepat, 20hb dah tutup

hair pin



dah lama dah duk pasang angan-angan nak buat hair pin yang comel, kiut2 mcm ni, so, semalam, tercapai sudah...ni bunga ni, amek dari tumble casing tu, kan tak jadi nak letak munga, so, daripada membazir, aku pun letak la hair pinclip jangan bimbang, jahit punya kemas lagi...

sesuai utk dipakai oleh kanak2 perempuan...aku takde model la nak tunjuk, sbb model aku kat umah ni sume rambut wajib tutup, yang tinggal ayah ngan abg aku je, takkan aku nak suh dorg tunjuk lak eh cara pemakaiannya...hado...

pastu aku buat lawak bodoh, smpai terkekek2 mak aku, nasib tak dihempuk dek ayah aku

aku : abah takmo pakai ke? buleh pin kat misai tu, kiri kanan, cun hape?

*ayah aku ni misai dia ala2 inspektor misai dalam gerak khas tuh...hohoho...

ada berani nak datang umah aku ka? kwang3

notakaki : comel jugak kalu ayah aku pakaikan kat misai dia...agagaga

tumbler casing

tumbler ni sorang kawan dari johor request, nak kaler itam kelabu, so, inilah hasilnya



pastu nak suh nampak pompuan2 sket, aku ingat nak le tambah munga2 sket


alih2, bila aku tgk, mcm ada y tak kena je kan, aku tgk mcm ada ketumbuhan je casing nih, kwang3


last2, tak jadi letak munga, sbb simple mcm gambar 1st tu pun da nampat okay...so, siap sudah, selamat dihantar kepada tuannya...

notakaki : dah last minit, tuan punya tumble request nak tali panjang, so, terpaksa dialter, gambar lupa nak letak kat sini

heartku sudah ada kawan

2,3 ari lepas, aku dah buat satu heart, kaler pink gelap, rasa mcm kesunyian je tgk heart tu sorang2, pastu semalam, godak2 carik benang, kali ni guna benang biru plak...

buat heart kaler biru...ngeeee



comel kan tgk heart tu bersama...dengan ini, heart aku dah punya teman, sori ye pada mana2 heart lain yang kesunyian...cuba lain kali...tetttt **sengal

aku nak bg nama lah, tak habis2 nak buh nama kat amigurumi aku...kwang2...

pink gelap : miss a
biru : mr b

hah...sonang2 jo buh nama...sonang nak ingat...

notakaki : nak buat heart pecah dua lah...takde keje sangat dah namanya ni, main2 ngan heart

ini heart aku

semalam dah tunjuk heart besar, kali ni nak tunjuk heart aku...kali ni, aku sengaja penyekkan dia, padan muka...rasakan...

pastu aku sangkut kat phone straps yang dah tergantung kat phone aku, hasilnya...



dengan ini, aku ada tiga heart kat phone...sememangnya phone aku nih penuh ngan heart, almaklumlah, aku kan bercinta guna henset je...hukhukhuk...sedih...

ahh...lantaklah perasaan itu sume, yang penting, heart tu heart, nak tunjuk heart tu je, yang lain, sila abaikan...tettttt

notakaki : lalalala

amigurumi lagi!!



hoho...demam amigurumi...sebenarnya ini adalah amigurumi aku yang pertama kali aku nak buat dulu2, tp tak jadi, so, semalam, aku try lagik sekali, dan tadaaa...jadi jugak...sukenya aku tidak terhingga...berjaya buat heart...

tamak nak tambah stok

cuba tengok gambar ni





itu baru gambar kotak 1, belum kotak 2, kotak 3, dan okeh...dah2...segan aku nak cite...betapa banyaknya kotak2 mcm ni kat bilik aku...dlm ati, bleh tak nnti bila aku ada rumah sendiri, aku nak ada satu bilik khas utk barang2 jahit aku, hehehe...takmo bilik stor, kecik...kwang3....nak bilik ala2 master bedroom tuh...hah...hamek kau...

hihihi...tu gambar tuh, diambil pas aku tambah stok, ngah kemas2 barang la tu namanya...kalu tak nnti aih...haru mak oi...sepah2, nnti aku jugak yang susah nak buat kerja...aku suka kalu sume benang2 aku tu dlm keadaan selamat, selesa dan kemas...ngeee....

dah banyak2 mcm tu pun masih ada lagi benang yang aku teringin nak beli...aku nak benang yang mcm ala2 kat oversea tu, kat turki ke, aih...benang2 kat sana, lagi cantik dan lagi menarik...jeles woo...

notakaki : tgk benang banyak2, hati pun senang...hehehe
Related Posts with Thumbnails