untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

nak beli velcro?


gambar diambil dari google

ari tu aku ada cakap2 pasal betapa aku tatau mana nak beli ini velcro, tatau apa benda tu? alah...yang buat lekat2 tu, kasut budak2 sekolah jenis yang tempek2 tuh, ha, tu lah velcro...


alkisah...tadi, aku berjaya menemui kedai yang menjual itu velcro, alah...byk kot jual kat kedai, cuma kita je tatau mana kan...itu aku lah tu...

beberapa ari before ni, aku dah try google, carik kat mana boleh beli, kesimpulan yang aku dapat...aih, susah jugak nak dapat...so, kat sini, memandangkan aku dah aim kedai mana aku boleh dapatkan velcro dengan mudah, jadi, pada sape crafter2 yang nak beli velcro, tapi tatau kat mana, boleh suh aku belikan...

1meter = rm3.00 (harga tak termasuk kos penghantaran)
available colour = black, white
lebar = 1inci

nak beli, just email me at nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : just nak tolong sesape yang memerlukan sahaja, bukan nak amek untung

phone straps untuk dijual


gambar dari encek google


hari ni aku ada beli straps untuk handphone macam dalam gambar kat atas, pastu aku beli dalam kuantiti yang banyak...

sape2 yang nak beli dari aku, sangat2 dialu2kan...sebab banyak2 pun nak buat apa kan, aku bukannya buat kraf guna phone straps untuk dijual pun, beli sebab nak buat handmade nak hadiahkan kat kawan2 je...

10pcs = rm2.00 (warna warni)

*termasuk kos pos biasa sahaja...kalu beli lagi banyak, bleh dapat lagi banyak diskaun...

notakaki : jadi penjual lak aku ni tetibe

phone casing gaya simple coin purse

tengah2 layan cuti yang masih panjang, tetibe ada kawan mintak buatkan dia phone casing, tapi nak jenis yang lain sket dari yang aku biasa buat...selalu aku buat jenis yang masuk ikut atas kan, kawan aku ni nak masuk yang belah tepi punya...

nak warna pepel, pastu cover dia lain sket warna, warna light pepel...mula2 cadang nak letak daun, susun punya susun, aish...kelakar plak letak daun...maka, togel sahaja...hanya ada bunga, daun takde, so, kumbang...pi carik makanan kat bunga lain...jangan kacau bunga ini...


lain sket phone casing dari segi cara nak tutup phone casing, takda velcro, takde butang tap2 tuh, ntah...aku taktau apa nama butang baju jenis yang warna besi tuh, yang biasa2 punya butang baju..phone casing nih, tutup bukak dia ada pada bunga...gambar clear takdakla plak nak tunjuk...takpela..bayang2kan je lah...hehehehe

notakaki : boleh jugak buat coin purse di kala nak ke pasar

phone casing gantung sama leher

layan gambo dulu

phone casing nih ada mcm besau sket kan? ahaks...sbb saiz dia adalah saib bb yang sudah pun dipakaikan casing getah tuh...

alkisah, ari tu aku ada buat phone casing untuk housemate aku, pastu akak kantin dia berminat jugak nak tempah...aku pun buatkanlah seperti yang direquest, mahu warna hitam putih...disebabkan akak nih kejenya di kantin sekolah, banyak peluang untuk phone casing itu dikotori, maka, warna utamanya haruslah warna hitam, diselang selikan dengan warna putih...

last sekali hiasan bunga feveret aku, warna putih, kali nih, ada kelainan sket, sbb first time buat phone casing dengan letak button di tengah2 bunga...memang ada kelainan sket kali ni...

pastu akak tu pun ada request nak ada tali, sebab dia nak sangkut kat leher dia senang...kepanjangan tali tu aku bajet2 jer ngan leher aku, kira ngam2 ngan leher aku , ngam2 jugaklah kot dengan akak tu kan...ari tu, mase bagi kat dia, pengantaraan dia tak lain tak bukan housemate aku tu lah, dia kata akak tuh terima dengan hati yang terbuka la kot kan sebab dah dia request mcm tu

notakaki : seronok bila tengok senyuman dari orang yang tempah dengan kita di saat kita serahkan tempahan dia...indahnya dunia...

hair clip shomel

ari tu aku ada cite dah pasal hair clip nih, tp tak letak lagik gambar nya...so....ini kira entry basi tapi gambar baru...agagaga

first time buat sendiri hair clip jenis bunga ros sekuntum...penat alter bunga tuh supaya tak besar tak kecik, ngam2 utk diletakkan di kepala...syukur alhamdulillah, berjaya jugak...semestinya usaha tangga kejayaan betoilah...

hair clip dengan corak bunga ros

hair clip dengan 2 jenis corak berbeza, bunga ros dan bunga kuning

alhamdulillah, kedua2 hair clip nih dah selamat dipos kepada empunya badan...dan syukur sekali lagi sebab dapat feedback yang cukup manis untuk ditimpa perasaan senyum sorang2...

terima kasih tak terhingga pada mereka yang mempercayai kebolehan diri ini...semoga kita semua dirahmati allah swt...insyaallah...

notakaki : ini yang membuatkan semangat untuk bercrochet membuak2 nih

elmo batch

assalam semua...

lama menyepi, kali ni kembali dengan koleksi elmo...dibuka untuk tempahan


kita kan kawan

jom main sama2

errkkkk....elmo albino?

elmo ni sebenarnya warna merah, tapi ada sorang kawan aku request nak warna pink sebab dia punya hardcore pink tuh, memang tahap tak leh lawan punya...nak jugak elmo warna pink, walhal aku nak tukar elmo dengan pink panther, tp dia takmau...so...pink pun pink je lah...albino pun albino je lah...

tanpa nama rm35

dengan nama rm36

dibuka untuk tempahan..apa2 pertanyaan boleh tinggalkan komen di entry nih, atau nak email direct pada aku pun boleh...nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com...insyaallah email anda akan dibalas dalam masa tak sampai 24jam...

notakaki : sedang mengusahakan sesuatu projek yang lain dari yang lain untuk merawat luka yang ada...ecewah....ayat tak bleh blah...

booties ala-ala sandal


ni pun first time buat sandal...ahaks...asyik nak tergelak je tgk booties ala2 sandal mcm ni....sebenarnya, boleh letak hiasan kat depan mcm bunga ke apa ke...tp aku saje nak biarkan dia kosong...seems like more simple kan...

booties ala2 sneakers



first time buat booties design mcm ni, aku pun tatau nak cakap mende...ahaks...diam je lah...

merah pun cute jugak

kali ni, buat booties warna merah gabung dengan pink lembut pulak...menarik jugak gabungan dua nih...


kita takkan tahu gabungan warna tu menarik ke tak selagi kita tak try tgk padanan dia kan...ahaks...

mcm perkahwinan plak, kita takkan tahu kita serasi ke tak kalau tak bersama....habis tu, kalau rasa tak serasi, berpisah? huh...banyak cantik muka kau kiah...kalau rasa tak serasi, bawak2 lah duduk berbincang, having a slow talk, and good communications....

ater...ari ni aku jadik perunding rumah tangga ke plak? semalam dah jadik penceramah...agagaga

notakaki : makin hari makin melalut dah aku nih

bunga warna hijau, kau ada??

tajuk entry mcm nak ajak gaduh je...errr...ekekeke...takdelah..gurau2 je...kawan kat tempat kerja aku suka sangat guna perkataan kau ada, sket2 kau ada, kau ada...hehehe...ayat saje je nak bikin panas, tp hati sejuk je...

gabungan warna hijau sekali lagi berjaya mencuri hati aku lagi...tetibe je aku suka hijau kan, sbb kalau korang perasanla, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak memilih warna hijau dalam hidup aku, sbb aku kureng suka akan warna ini...kesian warna hijau kan, dia tak salah pape pun dgn aku...

warna hijau kan warna kegemaran nabi muhammad saw...

pattern ni lain sket, sbb ada bunga besar kat atas dia...bunga ni lah yang menutup ruangan atas kaki..


close up sket

bunga tu haruslah ngam2 dengan saiz booties, kalau tak, nanti dia akan menggelembung ke atas, tak smart nanti...bagi pendapat aku la...tp kalau memang dah design dia jenis yang menggelembung, nak buek camno kan...

senget itu seni...hehehe

notakaki : cantik la hijau nih, sangat berkenan hokeh...
Related Posts with Thumbnails