untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

new type of yarn in da house

ini baru punya masuk kedai stok aku, wakaka...benang halus jenis mix colour, best giler...jenama minlon, benang ni memang dah lama dah aku usha dan bukan mudah nak beli bagi aku la sebab sepanjang2 aku pergi kedai benang, takdak lagi kedai yang jual benang jenis gini dalam buku yang besar cam gini...selalu yang aku jumpa jenis buku kecil2 tu dan harga sangatlah rasa kalau beli kompem sayang nak guna sebab takut habis...hahaha...habis tu, beli simpan, beli simpan, ada masa, telek2 pastu simpan lagi...owh...makin membukit la stok benang kalau ada tabiat cenggini...

cakap banyak pun takdak pekdah sebab bukan bulih bagi duit pun kat korang kan, so, apa kata kita layan gambar je lah...

4 warna yang terhangat dan terhangeettt

mix pink

mix yellow

mix maroon

mix green

siap ada kod warna lagi tuh dalam gambar...pada sape2 yang ada masalah nak dapatkan benang jenis macam ni, kes sama macam aku la ni kan, aku dengan ini, mengofferkan diri untuk membantu menyelesaikan permasalahan anda...ececece....

sape2 yang berminat nak order, jangan malu jangan segan, boleh emailkan ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com, saya sedia membantu anda...*motto takleh blah langsung

notakaki : dah pun guna benang jenis ni buat projek terbaru, nantikan aku hupdate

bunga dari kain

kat rumah mesti ada banyak perca2 kain yang terpakai dan taktau nak buat apa kan...? kali ni, aku nak share sesuatu yang aku rasa quite nice dan tak rugi untuk cuba...

gambar ni aku dapat hasil perkongsian rakan2 kraf di fb...

sila klik untuk tumbesaran yang lebih jaya

selamat mencuba...

notakaki : terus terang aku cakap aku sendiri pun belum try lagi

promosi harga juling mata

sebelum kejulingan mata itu bemula, moh kita layan gambar dulu...

kali ni, nak buat promosi harga giler2 juling mata untuk getah rambut corak bunga ros, boleh pilih warna, kalau warna yang tak ada kat bawah ni pun boleh jugak request

biru
kuning
merah bata
merah
pink peach
putih
ungu
getah rambut corak bunga ros

3pcs dengan harga rm10
tidak termasuk kos pos
boleh pilih warna atau request warna

berminat? atau ada sebarang pertanyaan, emailkan saje ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki : tengah fikir2 nak buat ready stock untuk apa plak lepas nih

panduan untuk ukur lilit kepala bayi

ari ni, terasa nak try buat headband jenis yang lain dari yang biasa duk buat, pastu teringin jugak nak buat headband yang jenis sarung je, takde tali2 nak ikat...tapi masalah utamanya adalah, ukuran untuk buat panjang headband itu...susahnya lah hai kalau takde model kan...

kalau ada model sekalipun, macamla setiap ukur lilit kepala baby tu sama antara satu sama lain...tak jadi, plan untuk buat headband jenis yang sarung kensel!!..stick lah kepada headband jenis yang bertali, sebab bila ada tali nih, boleh laras sket, mengikut kesesuaian bayi, dan bagi aku, ini adalah lebih best untuk dipakaikan pada baby...takdelah ketat sangat kan ikat kat pale dia...

kepada korang yang nak buat headband, kat sini ada panduan kasar untuk anda buat headband


terima kasih pada kawan2 kraf di fb yang sudi share pada aku panduan yang sangat2 berguna ini...so, aku share jugaklah untuk kalian semua...semoga dapat membantu serba sedikit...

selamat berkraf!!

notakaki : mood headband mai la plak

projek besar-besaran

itu ari ada mention kan pasal sendiri punya order elmo dan cookie monster, so, setelah beberapan hari berhempas pulas, berjaya jugaklah melihat hasilnya, tak sampai 10 minit menikmati hasilnya, dah bungkus2 masuk kotak ready untuk dipos...sobsobsob...

sedih pun ade time packing2 tu...korang ada rasa mcm tu jugak ke bila kita penat lelah buat sesuatu, tapi terpaksa dibungkus2, tak sempat nak bersama2...hukhukhuk

jom, layan antara beberapa detik yang sempat aku snap untuk tatapan bersama...

ada berani main guli mata gini?

baru siap jahit kaki, tu mata, idung tangan belum lagi

siap jugak!!

last touch, tagging
siap ada no phone lagik, huhuhu
handmade by jualbelicrocheted

dua sekawan, elmo dan cookie monster
 
senyum besau2 macam saya ngaaaaaaaaa
ini bukan senyum, tapi nganga ni

alhamdulillah...inilah dia antara hasil yang berjaya aku kait dalam masa bape ari eh, lebih kurang 10 ari jugak kot, ngan keadaan yang tak bape nak sihat dan sentiasa berbaring, ini je lah keje aku...bangun pagi bukak mata, mengait, siang mengait, malam belum tido mengait...pegi klinik untuk check up pun, sempat lagi aku mengait...hihihi...tak baik membazir masa, lagipun pegi klinik sorang2, so, memang sangat2lah bohsan...

elmo dan cookie monster yang aku kait nih dah selamat aku pos dan selamat tiba untuk dijual di booth sempena konvo di UPM...so, pada mana2 yang sempat singgah UPM, lehla cuci mata dan beli elmo dan cookie monster ini...hehehe...semoga mendapat sambutan yang menggalakkan...insyaallah....

notakaki : stok benang pun dan2 je nak menyusut...nak kena tambah stok tapi nak kena tunggu durian yang bukan musim runtuh lah dulu gamaknya...wakakaka

hadiah untuk kawan

sejujurnya, agak lama jugaklah jari jemari ku yang mulus ini tidak mengait barangan untuk baby...tetibe, dapat order dari kawan masa u, merangkap jugak coursemate, merangkap juga bape banyak kali merangkap daaa roomate aku yang baru saje dapat baby girl akhir bulan lepas...

pastu dia request suh buatkan satu set booties ngan headband dengan nama untuk baby dia, aisya...lupa nak cakap, kawan aku ni sangat gilekan warna pink, pastu dalam album booties dan headband aku tu ada satu set booties and headband kaler pink grey...dia nak sebijik mcm tu...

so, demi tidak mengecewakan ex-roomate aku yang nak baby dia pakai satu set pink grey masa raya aji nanti, cepat2 aku siapkan untuk dia...so, inilah hasilnya...

baby booties sesuai untuk baby usia 1-2 month

headband dengan nama aisya

tagline aisya di situ

nak dijadikan cerita, masa nak jahit nama tu, aku tak perasan ejaan nama yang kawan aku tulis ni, aku punya la syiok sendiri ingatkan ejaan dia aisha, sekalik bila aku check aisya da...macam mana y boleh jadi h nih...hihihi...ni baru betoi2 syiok sendiri namanya...nasibla tak susah nak baiki balik...

booties dan headband

aku ingatkan nak bagi hadiah je kat dia, tapi aku tahu mesti dia taknak dan pasni kompem dia serik nak tempah ngan aku kan....so, aku pun bg la harga diskaun, harga member2 je...lagipun, dia dah banyak kali dah order booties dari aku...duit yang lebih tu aku suh dia bagi kat baby aisya, sebagai tanda hadiah aku untuk baby...

notakaki : baby aku asik gerak2 je bila aku duk mengait set pink grey ni, kawan aku cakap ntah2 baby aku girl jugak...errrkkk....no komen...hihihi

mengumpul dana

masih tengah berusaha gigih menyiapkan projek elmo dan cookies monster yang diorder oleh diri sendirik...kalau diikutkan kegigihan itu, takde sempatnya nak menjengah blog dan merapu raban di sini...hikhikhik...

ala...sebok3 mengait pun, harus ada masa untuk diri sendiri dan keluarga jugak kan, kalau tak, alamatnya, tak berasapla dapur tuh, tak bermandi bagai la...so, harusla pandai agih2 masa untuk diri sendiri, suami, anak2, kucing, pokok2 bunga kat luar...errr...okeh dah....stop merapu...

tujuan utama aku menulis di sini adalah sebab dah memang aku sorang je penulisnya, maka memang takkan ada orang luar yang boleh menulis di sini aku nak mengwar-warkan lagi kepada mana-mana crafter atau sesiapa sahaja yang mempunyai tapak atau booth jualan kraf untuk menghubungi aku secepat yang mungkin kerana aku sangat2 berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut...

buat masa sekarang ni, aku dalam usaha untuk mengumpul dana yang termampu aku kumpul...so, kepada mana2 hamba allah yang bermurah hati untuk membantu aku, bantuan anda amat2lah aku hargai...bantuan dari segi memberitahu aku mana-mana booth yang available atau diri sendiri yang membuka booth untuk aku letak barangan kraf terutama sekali hasil kait

sekian, terima kasih...

boleh hubungi aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

notakaki :  semoga mendapat perhatian mereka yang terbabit, amin....

sendiri punya order daaa

bace tajuk entry, agak2 korang apa lah yang bermain dalam pale otak aku nih...entahlah...

buat masa sekarang ni, sangat2 mengejar due date yang aku buat sendiri untuk menyiapkan order jugak yang aku buat sendiri

apa yang aku pulun nak siapkan? aku tengah cuba untuk siapkan seberapa banyak bergantung pada stok benang yang ada jugakla kan untuk menyiapkan elmo dan cookies monster seperti ini

elmo

cookies monster

yang bezanya mungkin pada cookies monster tu je lah kot, takdak tulisan pape kat badan dia.....kosong macam lagu najwa anak pak latif tuh...setakat ni, baru badan je siap, ngah buat tangan...sekor kena ada dua tangan...adeh....dah rasa cam naik kematu dah tangan nih...hiperbola giler...alhamdulillah, takdak kematu lagi....cuma, ada rasa cam cramp2 manja gitu...ahaks...

kalau ikutkan jadual tidur aku, tatkala saat dan tika ini, aku dah lama dah berlayar, tapi ntah kenapa malam ni...bukan tak rasa mengantuk, tp rasa ntah...tak sedap jiwa...ahaks...

notakaki : jiwa pun kena jaga beb baru hati tenang, hidup aman....ye tak gitu cik kiah kan??

Related Posts with Thumbnails