untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

free pattern : topi corak nanas

pattern topi ni aku dapat hasil perkongsian kawan2 crochet dari fb...cantik kan...




kalau perhati betul2 kan, banyak sebenarnya yang boleh kita buat dengan corak nanas nih....dasat jugak nanas nih...hehehe

notakaki : sedap jugak kalau makan pajeri nanas

booties cantik

terjumpa pattern booties ni kat fb, ada kawan yang share2...aku pun share jugak kat sini...sumber asal dari sini


tak pernah lagi aku try, tengok step by step tu, macam takdelah susah mana kan...boleh cuba...satu hari nanti..

notakaki : tak kait apa2 pun lagi untuk anak sendiri, huk alahai...kesian...

keychain corak rama-rama

kali ni, nak share satu lagi corak keychain yang aku tengah menggedik buat...baru je try2 this pattern of rama2 pagi tadi...

actually, aku pernah buat corak rama2 nih, tapi saiz tapak tangan, kiranya, besar sketlah...

3 jenis rama-rama

okay tak rama2 aku nih? ada rupa rama2 tak? penat alter supaya saiznya ngam2 dan cun2 untuk buat keychain...

notakaki : teringat lagu ella, rama2...hihi

keychain corak blouse

macam2 jenis baju ada

ada tshirt, blouse, gaun, dan apa lagi yang korang boleh namakan...aku sendiri pun taktau jenis blouse apa yang aku buat nih...errr...boleh tak macam tu...hehehe

notakaki : berangan buat baju kait, buat yang mini2 la cepat sket siapnya, wakakaka

keychain corak bunga daisy

seputih dan setulus bunga daisy

notakaki : suke sangat tengok bunga daisy nih, tak susah pun nak kaitnya...senang dan mudah...

keychain corak booties

dah biasa buat booties untuk baby kan, sesekali...hamek kau...memang cinonet je saiznya...dah nama pun buat keychain kan, takkan nak buat saiz normal plak...terpaksa la dikecikkan sume yang ada...


sengaja aku tambah cute button sebagai hiasan, biasa aku letak hiasan bunga kait, tapi disebabkan saiz booties ni dah memang kecik, sangatla susah nak kait bunga kecik2 jugak...tukar rancangan...letak cute button cam tu...

notakaki : simple tapi tetap comel, ekekeke

keychain corak hati

3 hati sedang beratur untuk disunting

dah lama dah buat amigurumi heart nih, cuma kali nih, spesel sket sebab versi keychain...saiznya lebar 2 inci, tinggi plak lebih kurang 1.5 inci...dalam tu isi fiber...tu yang nampak cam sehat je hati ku hati mu nih...

baru buat 3 keychain corak nih, kawan2 adik aku dah selamat rembat...hehehe...time kasih adik2 sume...

notakaki : remaja2 yang sedang cintan cintun nih sukala corak macam ni, yang tak bape nak cintan cintun cam aku pun suka

seorang lagi pemenang dan hadiahnya

okay, sorang lagi pemenang SPECIAL GIVEAWAY by therosputih yang dianjurkan baru2 nih, kali ni pemenang dari kategori pengomen terbanyak...

pemenang bagi kategori entry paling kretip boleh klik kat sini untuk baca lebih lanjut...

pemenangnya adalah cik azlyzah...seperti yang telah dijanjikan, cik dapat hadiah crocheted elmo...ini adalah antara gambar2 yang dihupdate olehnya, boleh klik kat sini...besau2 tulis nama therosputih di situ...kuikuikui




notakaki : tahniah kepada pemenang...=)

keychain corak topi gedik

tajuk entry, sengaja je letak gedik, padan muka kau topi...


kali ni, share keychain corak topi gedik la plak, topi yang sesuai pakai buat ngengade kat pantai...cuma kali nih, versi yang tak muat kepala, jari muatla...

notakaki : teringin plak nak buat topi jenis macam ni untuk diri sendiri, auw....gediks...

keychain corak sandal

okay...keychain corak selipar jepun sudah buat, bila tunjuk kat mak aku, katanya..buatla corak selipar jenis sarung gitu plak...

apa eh namanya...sandal ke? entah...kalau tak silap aku, sandal nih jenis selipar yang bertali belakang kan?

kalau selipar jenis yang macam ni, dipanggil apa eh?

notakaki : seliparnya ada sebelah je, sebelah lagk hanyut dek air bah kot, ekekeke

keychain corak bunga kecil

hah...kali nih nak share keychain corak bunga plak...kecik, comel je bunga nih...

sengaja aku kait2 banyak2 warna macam ni sebab aku sangat2 suka kait bunga jenis yang macam ni...apa nama bunga nih, hehehe...sila jangan tanya aku sebab aku main taram je kait...


notakaki : hati berbunga-bunga riang, ulalalala

keychain corak selipar jepun

first time ever berjinak2 dengan keychain dengan hiasannya daripada kait2...so, masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki lagi...

nak tunjuk hasil yang telah aku kait...

corak selipar jepun

saiznya lebih kurang 2 inci panjang...lebar, tak ukur la plak...excited sangat nak tunjuk kat sini...

sesiapa yang berminat nak tempah, bolehla email aku...

notakaki : teruja plak buat hiasan kecik2 nih

mini ais krim versi crochet

first of all, wish terima kasih pada kakak senior crochet aku, tak lain tak bukan kak lia yang sedang berpantang anak kedua tapi ligat mengait sebab dia la yang buat mini ais krim nih, pastu aku plak tiru dia buat...terima kasih pada nini sebab sudi share pattern ini...

layan ais krim versi crochet lah plak, tak de lah secomel yang kak lia buat...


godak punya godak plastik benang aku, hampeh ah...warna coklat untuk buat kon dengan coklat rice tuh nan hado, yang hado tu ha, macam dalam gambar tu je lah...ahhh...layankan ajo lah...

notakaki : suka makan ais krim vanila, takpun cokolat...takpun strawberry...aahhh...pendek kata, sume suka la...sonang cito ha...

cara kait bunga berlayer-layer

aku dapat ni hasil perkongsian rakan2 di fb, sumber asal tidak dapat dikenalpasti

klik untuk tumbesaran jaya

ada macam2 versi dan gaya untuk kait bunga berlayer-layer nih, tadi masa layan fb, terpandang kat gambar ni, rasa menarik jugaklah untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain...

notakaki : aku sendiri pun tak pernah try lagi kait bunga macam dalam gambar ni

hadiah sudah sampai ke tangan tuannya

okay, ini hadiah bukan sampai ke tangan aku, tetapi ke tangan sorang blogger yang join SPECIAL GIVEAWAY by therosputih baru2 nih...adeh...walaupun GA ni dah tamat akhir bulan 11 yang lalu, tp awal tahun ni baru dapat diposkan hadiahnya...

oh yer...ini adalah hadiah yang berjaya dimenangi oleh ayut bagi kategori entry paling kretip...

baru sampai ke tangan tuannya
gambar cilok dari blognye

lega rasanya bila terlangsai satu hutang...tinggal satu lagi hutang, yakni bagi kategori pengomen tegar, baru je dapat details pemenangnya tadi....insyaallah, akan diposkan dalam masa terdekat ini...

notakaki : tahniah kepada pemenang, rasa macam nak bagi hadiah lagi la pada mereka yang berminat

gurlish style

hanya rm20 sahaja

last topi untuk direveal adalah topi ini...khas untuk perempuan, ada bunga sekuntum, nak pakai bunga kat depan ka, kat tepi ka, kat belakang ka, sume boleh...janji pakai kat kepala..hehehe

gabungan warna sweet coklat dan pink, memang gabungan yang takkan merugikan, sangatlah sweet...

hubungi aku di nurulain[at]email[dot]com untuk sebarang pertanyaan lanjut

notakaki : nak try buat hat jenis yang lain la plak pasni

mooooo itu cow

lebam kena tumbuk

teringat sama anak buah aku masa dia kecik2, tunjuk pada lembu, tanya dia, apa tu...dengan yakin dia jawab G.A.J.A.H. hahaha...bantai gelak guling2 aku nih...bukan salah dia pun...dalam kepala dia, binatang yang punya tanduk dua kiri kanan gitu, ada ekor adalah gajah, macam yang dia pernah tengok kat zoo tu...

sekali tengok topi moo nih, macam pelik pun ada, kesian kat mata kiri dia, cam lebam je...ahaks...lebam2 pun, tetap cute kan...*pengsan

okay, stop merapu...sape yang berminat nak order, emailkan saje pada aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

oh ye...topi moo ini berharga rm20 sahaja

notakaki : moooo itu cow, mbeekkk itu kambing

froggy the frog

serius aku rasa sangat sayang design topi nih, sebab dia sangat cute dan comel...bukan nak angkat bakul akan hasil kaitan sendiri, tapi dah memang sebab karakter katak tu sendiri yang comel...

topi katak ini hanya rm20 sahaja

teringat aku pada roomate aku masa zaman belajar dulu...sangat gilakan katak dan mana2 objek hiasan seperti katak...pernah dia request nak suh aku buatkan sekor katak untuk dia, tapi aku buat2 tak dengar je...adoila...rindu plak kat dia...masa buat topi nih, muka dia la yang aku duk terbayang...

topi katak ni plak, aku rasa bukan kanak2 je yang sesuai, orang tua yang tak kesah nak pakainya pun boleh jugak...janji muat di kepala la...

seperti biasa, berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh email kepada nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan insyaallah, akan aku balas email anda dengan penuh kasih sayang kadar yang segera

notakaki : nanti boleh buat untuk keluarga, pakai ramai2...wah...mesti meriah...wakakaka

hello kitty in da house

semalam berangan nak jadik mickey mouse, ari ni meh kita pakat2 berangan jadik hello kitty la plak...ekekeke...

disebabkan warnanya putih pink, maka, topi jenis ni biasanya dikaitkan dengan anak perempuan...tapi kalau dah nak pakaikan dekat anak lelaki, takdak masalah eh, boleh je...comel jugak...wakakaka...haru tol ada mak ayah gini, jangan lelebih sudahla kan...

hello kitty ini cuma rm20 sahaja

pada sape2 yang berminat nak order atau tempah atau nak beli, boleh hubungi aku di nurulain[at]yahoo[dot]com dan aku sedia untuk melayani email2 anda...ecewah...bajet mesra dan friendly lah tuh...takdelah...aku gurau2 jer..aku memang friendly pun orangnya...*muntah hijau

notakaki : nak buat topi hello kitty macam ni past pakaikan dekat kucing, agak2 comel tak...hehehe...

topi inspired by mickey mouse

berbalik kepada entry utama pasal topi cute nih, ari ni nak cerita lebih lanjut pasal topi ala2 mickey mouse nih...

sape sini suka mickey mouse? hehehe...dengan tanpa segan silunya aku yang angkat tangan di sini...apa taknya...mickey mouse nih, memang kecik2 dulu, tak pernah miss tengok cerita kartun mickey mouse kat tv...paling melayan cite mickey mouse yang versi dulu2 punya, versi itam putih, yang tak ada suara...owh...sukenya lah hai time tu....

sebab tu lah terhasilnya topi ala2 mickey mouse nih...yang aku buat ni saiz dia besar sket, untuk kanak2 umur 4,5 tahun...tapi kalau anda berminat nak tempah untuk anak, dan nak request mengikut ukur lilit kepala anak, tidak menjadi masalah....

topi ala2 mickey mouse ini hanya berharga rm20 sahaja

boleh hubungi aku di nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com untuk sebarang pertanyaan lanjut...

notakaki : jam tangan pertama yang aku dapat ada mickey mouse dalam jam tuh, terima kasih pada ayah sebab hadiahkan pada aku

koleksi topi cute untuk baby

ada 5 jenis topi berlainan design dan corak

hokey...mengaku la, ini adalah gambar hasil kait aku yang terbaru lama diperam, aku panggil ini koleksi topi cute, perasan tak...sume empat2 topi ni ada telinga...kecuali yang tengah2 tuh, corak gugurl sket...

actually, nak buat sesuatu untuk anak buah, tapi, ntah nape...rasa cam nak kelainan plak, tu yang pi bantai buat topi jenis yang bertelinga macam ni...mula2 tu jugak, rancang nak buat sepasang dengan booties, tapi sebab apa tah...malas la kot, sebab apa lagi yang paling cliche ngan aku =p

okay, aku buka tawaran pada sape yang berminat nak beli topi macam ni, aku nak jual dengan harga rm20/pc sahaja, harga murah gile babeng dah ni...cepat2...nak kasik cepat2 habis...

boleh hubungi aku di nurulain_rahimin{at]yahoo[dot]com untuk sebarang pertanyaa lanjut...

nanti aku story pasal setiap satu topi ni, hehehe...tunggu je lah next entry...

notakaki : taktau lagi baby aku ni boy ke girl, jadik...taktau nak buat topi apa untuk dia...

headband dengan pelbagai jenis gaya

lama sungguh tidak menghupdatekan diri di sini, ditambah2 plak ngan kekangan internet, nak upload gambar pun kureng je...

ari ni, internet ada sket okay, nak le hupdate pasal hasil kait aku yang terbaru dah jadi tak bape nak baru lagi dah sebab duk peram lama sangat yakni headband khas untuk baby dan yang seangkatan dengannya...

apa yang spesel tentang headband ni adalah, lain dari yang biasa aku duk buat before2 nih, dan jenis yang ada button, daannnnn boleh tukar2 hiasan bunganya....

jomlah layan gambar plak...

ini adalah antara headband kosong, tanpa sebarang apa2 hiasan
ada tali di kedua2 hujung, adjustable punya headband

antara bunga 3 layer yang boleh dijadikan hiasan

ini adalah contoh pemakaiannya

versi bunga hijau

versi bunga purple plak

ha...jadik, boleh tukar2 gaya...kalau ari tu pakai baju merah, bolehla letak bunga merah, pastu petangnya pakai baju biru, boleh tukar bunganya ke warna biru...just attach pada button yang ada itu sahaja...

headband ni aku jual dengan harga yang memang murah giler, hinggakan crocheter2 yang lain tengok pun mesti marah dengan harga aku...harga ni aku memang sengaja bagi macam ni sebab niat aku satu je, aku niat nak buat amal...sebab tu aku bagi harga ni...

headband sahaja : rm2/pc
bunga : rm1/pc

berminat? hantarkan email anda kepada aku di
nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com
untuk sebarang pertanyaan

notakaki : lega rasanya dapat jugak hupdate entry hasil kaitan kat sini

buat tempahan sambil beramal


okay, kali ni aku secara terkebetulan terserempak dengan satu blog nih, yakni di sini di mana dia sedang giat mengutip dana untuk membantu rumah anak yatim seperti yang telah ditulis kat gambar kat atas tu...

jadi, aku terpanggil lah untuk membantu sedikit sebanyak dalam usaha murni beliau...mungkin usaha aku nih sedikit saje kalau nak dibandingkan dengan mereka2 yang lain, tapi aku harap ia dapat meringankan serba sedikit kekurangan yang ditanggung oleh anak2 yatim ini...nak bace lebih lanjut, boleh terus ke entry ini...

 oleh itu, mulai ari ni sehingga 20hb2 2013 ini, mana2 tempahan dan bayaran yang diterima, aku akan salurkan 1/3 daripada bayaran yang aku terima ke rumah anak yatim, Rumah Amal Kasih Bestari

apa tunggu lagi, marilah kita sama2 bantu anak2 yatim ini...

sedia menerima tempahan anda

notakaki : selamat tahun baru khas buat semua yang membaca entry ini, =)
Related Posts with Thumbnails