untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

SPECIAL GIVEAWAY by therosputih

berminat nak join giveaway ini?
terjah sini

berlangsung dari 21.10.12 - 21.11.12

pencil casing lagi

dah siap pencil casing saiz besar punya untuk kawan aku tuh, ada plak sorang lagi cikgu sekolah yang berminat dengan design pencil casing jenis gitu...dia pun order jugak...saiz sama macam tu, nak ada nama jugak, dan paling best....nak warna yang mencapap gile babeng....huish...termenung kejap aku...sebab tak pasti sangat apa definisi warna mecapap tu...

aku pun godak2 la stok benang yang ada, pastu try and error warna apa yang sesuai...

hasilnya...




alhamdulillah, dah selamat ke tangan tuan dia dah...hope dia suka dengan gabungan warna nih...

notakaki : aku pun teringin jugakla pencil casing warna mencapap cenggini...hehehe

pencil casing saiz bapak besar

dapat request dari sorang kawan kat sekolah, dia nak pencil casing, tapi saiz besar punya...besar mana takdelah plak dia cakap...disebabkan dan nak cuti sekolah, segerakanlah order dia sebab takut tak sempat nak siapkan...

dia request nak ada nama...jadi, sebelum mula pape projek, kena buat lakaran dulu...

aku plak tak bape pasti ejaan nama dia, FOUZIANA ke FAUZIANA...nak sms, takdak no dia plak...terima kasih pada rakan setugas sebab pass no dia...terus confirmkan ejaan namanya...

ejaan nama ni salah, fouziana

FAUZIANA, ni baru betul

pandangan belakang

bunga ni aku sengaja buat jenis yang boleh tanggal2 punya

siap dengan zip dan lining, guna cotton corak bunga2 kecil



gandingan purple pink memang toksah nak dinafikan lah, memang menyerlah, ni pendapat aku, pendapat kalian, mesti ada yang berbeza kan..

pencil case ni saiznya lebih kurang 11" x 8", memang besarlah...boleh isi macam2...

notakaki : best jugak ada sling beg jenis yang macam ni untuk diri sendiri, ekekeke

elmo, cookie monster dan angry birds

ini adalah order dari one of my clicks masa kat bintulu, order satu family punya nih, sebab tuh banyak...ekekeke...

ibu nak elmo dan cookie monster, anak sulung nak elmo, anak no 2 nak angry birds biru, anak no 2 nak angry birds kuning, anak bongsu...dah dapat dah elmonya, bagi masa sambutan ari jadi dia ari tu...





mula2 tu aku ingat nak le buat satu reban angry birds nih, tapi macam mim alif lam sin plak...hahaha...tinggallah lagi 3 ekor tuh dalam kenangan...wakakaka...

dorang ni ada special request lagi, espeseli anak2nya...nak suh jahitkan nama di order masing2...hehehe...bisa diatur semua tu...

no 7 pada elmo

huruf A dan C masing-masing di angry birds nya

notakaki : teringat sama anak buah aku yang suka sangat angry birds, opss...bukan angry birds, tapi angligibird...hehehe

berminat nak tempah jugak? sila2 la emailkan ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com

bookmark lagi

berbekalkan pattern yang sama yang aku share itu ari, dan benang yang baru dibeli, apa lagi...projek bermula la...

koleksi bookmark terbaru

memang puas hati guna benang nih, dan tak sia2 aku menghabiskan masa dengan mengait bookmark ini...actually, ini adalah order dari sorang kawan aku, enhear yang request nak bookmark untuk dihadiahkan pada kawan2 sekolah dan students dia, maka, aku pun amek peluang ni untuk cuba pattern ni dan benang jenis ini...

mix pink

mik kuning

mix maroon

mix hijau

dah pun selamat sampai ke tangan tuannya, nasibla kawan aku tu suka dengan corak bookmark nih...alhamdulillah...

notakaki : selamat menggunakan bookmark hasil kaitan aku

sepit rambut


korang nak tahu tak betapa hampehnya aku nih, benda alah kat atas, yang besi tu, aku tak tahu apa namanya, aku panggil dia sepit rambut je...hihihi...

baru2 nih, tergerak ati nak beli sepit besi tu dan letak bunga kait, cadangnya gitulah...tp, mana nak dapat benda alah besi tu...nak beli online pun satu hal, taktau apa namanya pulak...hahaha...

last2, bila tanya2 kawan2 kraf yang lain, apa ke namanya tuh, then...dorang bagi tahu, namanya adalah F.R.E.N.C.H. C.L.I.P. hokey...hihihi...baru aku tahu namanya...

notakaki : nampak tak betapa hampehnya aku nih...

terima kasih rakan2 kraf yang banyak membantu aku baik secara sedar atau tak sedar

bookmark new pattern

kali ni nak share pattern yang aku rasa agak menarik dan tak rugi untuk dicuba...aku dapat ni hasil perkongsian rakan2 di fb...bila telek2 balik, baru aku perasan, kak lela pun ada pernah publish gambar yang sama...wah...tak sangka...padahal aku lebih awal bace entry kak lela, cuma time tu belum terbukak pintu ati lagi nak try buat...kali ni, memang betul2 terbukak punya...so, aku pun tryla satu, tak banyak...hahaha

ni adalah pattern yang aku cakapkan itu

dalam gambar tu ada tiga jenis pattern, tapi dalam gambar hasil bookmark yang aku buat ni, aku hanya tunjukkan hasil bookmark aku ikut pattern yang first tu, yang second dengan third pattern tu, ada aku try tapi aku lupa nak amek gambar...nnti kalau rajin aku datang, aku amek gambar dan share eh...*bila la gamaknya rajin tu nak datang

tiga hasil kait yang pertama 

cuba amek gambar dengan sudut yang berbeza
konon2 nak wujudkan nilai2 seni di situ, tapi taktaula sampai ke tak kesenian itu, wakaka

 okay, satu pattern dah try dan dah tunjuk hasilnya dekat kalian...korang apa lagi, try la buat korang punya bookmark style plak macam mana...

notakaki : best ada kawan2 fb yang rajin share ilmu2 yang berguna, nnti bolehla aku share sama korang pulak
Related Posts with Thumbnails