untuk berhubung dengan saya, boleh terus ke nurulain_rahimin[at]yahoo[dot]com dan email anda akan dijawab dalam masa kurang daripada 24 jam

hadiah untuk kawan

sejujurnya, agak lama jugaklah jari jemari ku yang mulus ini tidak mengait barangan untuk baby...tetibe, dapat order dari kawan masa u, merangkap jugak coursemate, merangkap juga bape banyak kali merangkap daaa roomate aku yang baru saje dapat baby girl akhir bulan lepas...

pastu dia request suh buatkan satu set booties ngan headband dengan nama untuk baby dia, aisya...lupa nak cakap, kawan aku ni sangat gilekan warna pink, pastu dalam album booties dan headband aku tu ada satu set booties and headband kaler pink grey...dia nak sebijik mcm tu...

so, demi tidak mengecewakan ex-roomate aku yang nak baby dia pakai satu set pink grey masa raya aji nanti, cepat2 aku siapkan untuk dia...so, inilah hasilnya...

baby booties sesuai untuk baby usia 1-2 month

headband dengan nama aisya

tagline aisya di situ

nak dijadikan cerita, masa nak jahit nama tu, aku tak perasan ejaan nama yang kawan aku tulis ni, aku punya la syiok sendiri ingatkan ejaan dia aisha, sekalik bila aku check aisya da...macam mana y boleh jadi h nih...hihihi...ni baru betoi2 syiok sendiri namanya...nasibla tak susah nak baiki balik...

booties dan headband

aku ingatkan nak bagi hadiah je kat dia, tapi aku tahu mesti dia taknak dan pasni kompem dia serik nak tempah ngan aku kan....so, aku pun bg la harga diskaun, harga member2 je...lagipun, dia dah banyak kali dah order booties dari aku...duit yang lebih tu aku suh dia bagi kat baby aisya, sebagai tanda hadiah aku untuk baby...

notakaki : baby aku asik gerak2 je bila aku duk mengait set pink grey ni, kawan aku cakap ntah2 baby aku girl jugak...errrkkk....no komen...hihihi

10 comments:

Greennnpanda Craft said...

comel je booties tue, hehe..
wah, awk pregnant ke? dh brape bln? >_<

therosputih said...

greennnpanda craft
aah...hehe...dah nak masuk 24 minggu...ada sy cerita di blog saya yang satu lagi...

lia said...

cutenya! comel juga combine kaler pink+kelabu ni ek? headband tu pun nampak kreatif sgt ada tulis nama...

therosputih said...

kak lia
apa2 untuk baby, mesti comel kan kak lia kan...ahaks...aah, pink kelabu, nnti try la akak ek...

Dunia Wilma said...

Bestnya pandai mengait...
Wilma pernah cuba...tapi, takda bakat...Tak pandai2 pun walau dah berkali-kali buat...Sampai Wilma fed-up...Kalau teringin sangat nak mengait, minta nenek tolong kaitkan...Hehehe...

Nadratul Syazwana said...

Dulu time adik kita baby, pernah tempah kasut camni utk dia. Tempah kat kawan.. Tp sekarang dia dah besar, hehe

therosputih said...

dunia wilma
wah...bagusnya nenek dia...mata dia masih okay ke untuk dia mengait lagi? mak saya pun tak bape nak nampak sangat dah kalau nak mengait2 nih...

therosputih said...

nadratul syazwana
wah...simpan lagi tak kasut dia masa baby tu? kenangan tu...

mi$$ch0c0laTe said...

wah sgt comel la... :)

kalo sy mmg xdk seni nk mengait nie... :( btw,cntik je kaitan yg awak buat... :)

therosputih said...

mi$$ch0c0laTe
hihi...time kasih dear...masih dalam proses belajar dan belajar lagi nih...

Related Posts with Thumbnails